Friday, July 30, 2010

Juara Imam Muda milik Imam Muda Asyraf


Syukur! Alhamdulillah... Imam Muda Asyraf juara unggul Imam Muda pd malam tadi. Mmg pilihan yg tepat. Lega betul biler Datuk Hassan sebut nama pemenang adalah IM Asyraf.

Apa yg aku dpt lihat masing2 mempunyai kebolehan & keistemewaan masing2. Mcm...IM Hizbur pun bagus...especially biler mengalunkan ayat2 suci Al-Quran, rasa tenang ajer di jiwa. Mmg bacaan IM Hizbur menusuk kalbu...rasa macam terpegun!

Aku tak tahu pun yg finalist IM nie dah kahwin. Lawo2 isteri masing2. Aku suka tgk wife IM Hizbur...subhanallah...jelita betul. Sejuk mata memandang. Isteri IM Asyraf pun cantik gak...tp a bit pemalu sikit.

Nk tulis jugak...mmg ada iras2 Mawi ...IM Asyraf nie. Suka tgk cara IM Asyraf nie berhujah, mmg bagus & berkeyakinan tinggi. Beliau pun..ada sense of humour...pandai wat lawak ler IM Asyraf nie.

So..nanti IM Asyraf nie jadik Imam Muda kat Masjid Negara ker or Masjid Wilayah? He..he..he...maner tahu kut..kut leh terserempak dgn IM Asyraf....kalo singgah sembahyang kat masjid tu nanti...he..he..he..he.



IM Asyraf & IM Hizbur? Siapa b'gelar Juara Imam Muda.....

Malam nie pada pukul 9.00 malam, adalah malam penentuan siapa bakal menjadi JUARA IMAM MUDA. So, malam nie jgn lupa yer...kita tgk rancangan reality tv yg berunsurkan keagamaan buat julung kalinyer di Astro Oasis. Sebelum nie kita asyik tgk rancangan reality tv berunsurkan hiburan, apa salahnyer kalo kita tgk yg bercorak keagamaan pulak. Kita seimbangkan di antara dunia & akhirat.

Aku punya pilihan hati IM Asyraf sebab beliau ada gaya kepimpinan seorang ketua. Ada gak yg sokong IM Hizbur kan. Beliau pun aku suka gak, tutur bicara begitu sopan & beliau al-Hafiz pulak tu. Hemmmm....masing2 hebat, mmg sukar nak ramalkan saper yg bergelar Juara Imam Muda.

Utk kepada para pemenang malam nie, anda mmg layak!



Wednesday, July 28, 2010

Tak sihat....

Hari nie aku mmg betul2 tak sihat. Sore pun dah macam sengau semacam ajer. Jap..jap..sok sek..sok sekk..hidung nie. Kotak tisu kat atas tu lah peneman setia time runny nose nie. Huwaaaa..sungguhlah tak selesa.


Selera nk makan pun x lalu sgt. Nak kiss Kakak & Cha macam biasa...pun tak leh...takut derang jangkit pulak. Aku just bulih kasik big hugges ajer kat derang.....then kiss kat rambut derang. Mmg tak besh cenggini.

Jap tadi...Kak La called bagitau finalist Imam Muda ada kat Masjid kat Kem TUDM Sg. Besi. Bukan tu ajer ..IM Aran pun ader tawww....*blushed* ..he..he...IM Asraf pun ada gak....Kak La bgtau...Abg Syam (somi kak la) sempat bersembang dgn finalist IM Hizbur...rupanyer sekampung dgn abg ipar aku. Peh tu Kak La bagitau..ramai bekas peserta IM ada kat sana.


Tiba2 terus cam rasa tak sakit biler Kak La kata....lepas magrib ada bacaan Yassin bersama dgn para peserta IM nie. Peh tu..Kak La kata...Tazkirah pun ada lepas maghrib nanti. Jomlah ke sana...Kak La ajak. Wah! Gerdix betul ahkak sorang nie...he..he..he...tapi memandangkan dah lah malam...peh tu...status aku nie isteri orang..kenalah mintak permission Ilham kalo nk pergi kan....w/pun aku biasa gi rumah Kak La yg terletak kat dlm Kem TUDM Sg. Besi...konpem Ilham tak kasik punya...peh tu...dgn Kakak nak buat homework lagik...so mmg ahkak tak dpt nk pergi...

Peh tu...dgn muka tak malu aku suh Kak La or Abg Syam...amik gambo IM Asyraf or IM Aran...he..he..he...mintak2 Abg Syam dptlah amik gambo dgn mereka...kan...w/pun Abg Syam nie ustaz...tp kadang2 ada gak time dia sporting..he..he..he...


Jumpa Konot!

Last monday, masa kat Pavvy. aku jumpa Konot. Dia nie kawan kepada Ida. So dari situlah aku mengenali Konot. OMG!...badan dia cam anak dara yewwww. Kalo tgk dia...x sangka dia dah ada anak 2.

Hemmmm...biler tgk dia kurus, rasa cam...alamak! rasa cam beshnyer kalo dpt size cam Konot. Biler yer aku nk kurus nie cam dia yer...? Mimpilah...he..he..he..

Biler ckp pasal nk kurus nie..teringat aku pada sorang kawan aku nie.


Dia: Nurul...u puasa ker hari nie?

Aku: I...tak lah, tak sihat. Lagipun ada sore throat n runny nose. U puasa ker?

Dia: Ha'a...I puasa sebab nk kurus.

Aku: (Speechless).




Tuesday, July 27, 2010

Amalan di bulan Nisfu Syaaban..ada yg BUKAN ajaran Nabi S.A.W

Semalam, aku google utk mencari ttg fadilat di bulan nisfu syaaban. Maklumlah...aku nie tak baper arif dlm bidang nie...harapkan belajar masa sek. tu ajer...tu pun manyak gak yg aku dah lupa. Agaknyer...dulu belajar sebab niat nak lulus exam, tu pasal tak berkat tu...he..he.he.

Alangkah terkejut nyer aku...biler google, ttg amalan2 di bulan nisfu syaaban..seperti membaca Yassin 3 x , peh tu menunaikan solat sempena nisfu syaaban BUKAN ajaran Nabi S.A.W. Tu belum lagik aku baca, adanyer HADIS PALSU! Masyaallah.....

Masa aku tgh kusyuk mengadap blog aku nie...Kak La dok sms ckp "Salam. Ust Wan Sohor Bani Leman kata, x de pose sunat nisfu syaaban. Israk mikraj x sunat pose."
Mcm dia tahu2 ajer..yg adik dia sorang nie nk update blog pasal menda nie. He..he..he...

Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).


Di sini, aku copy n paste ttg apa yg aku baca semalam sekadar utk berkongsi ilmu dgn uolls sumer. Sudi kiranyer meluangkan sedikit masa utk membaca apa yg aku letak di sini....semoga kita di rahmati oleh Allah S.W.T.

Utk info...leh clik kat Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Soalan: al-Fadil Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan?

Anisah, Bangi.


Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.

2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).

3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).

Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.

6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).

Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:
“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).

7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan.

Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Nota kaki: Insyaallah, nak puasa sunat di bulan Syaaban.


Sunday, July 25, 2010

Berebut Joe Jonaslah pulak...

Joe Jonas

Dah lamer aku x citer pasal Kakak & Cha yer. Kadang2 tu, tak ada idea nk tulih aper citer pasal my doters nie. Cuma..semalam masa tgk Disney Channel pasal citer Jonas Brothers nie, uolls caya tak....my doters nie dok gaduh berebutkan si Joe Jonas nie.

The Jonas Brothers

Aku ckp kat derang, usahlah berebut2 si Joe tu...kan ada sorang lagik dlm group tu...pilihlah Nick Jonas (read: ehem..ehem...ohhhh...ibu dia mmg suka pada Nick Jonas nie...). Sumer tak mo! Ckp kat ibu dia....'Nick tak ensem....Joe lagik ensem'. Oh sudah...aku ckp. Masing2 tak mo mengalah.

Kalo ada ajer scene Joe nie...Kakak & Cha masing2 dok berebut nk chop si Joe nie . Mulalah..dok bertolak sesamer sendiri...sampaikan ibu dia ferning...ferning yewwwww. Apa tak nyer...masing2 tak mo mengalah. Peh tu...terjerit2 masing2 nak kan si Joe nie...alahai my doters..mcm2 perangai derang nie. Tak padan dgn tecik lagik tuuu....

Nick Jonas...ehh..tak ensem ker?

Since aku pun tak suka tgk derang perangai cenggitu...terus ajer ibu dia ckp..."buat aperlah nak si Joe tu...bukan dia sunat pun...lagipun dia bukan muslim...naperlah bising sgt nk rebut dia". Terus derang diam. Time nie...aku pun tak sure sama ada Cha faham ker tak....tp Kakak agaknyer dia faham kut. Entahlah korang...spontaneous ajer menda nie kuar dari mulut aku. Sib baiklah aku x ckp kat my doters...saper dia ex-gf Joe Jonas nie....mahu kut lepas nie...derang dah tak mo dgr lagu Taylor Swift & Demi Lovatto....opppppsie...!



Saturday, July 24, 2010

Giliran calon Imam Muda Aran & Taufek tersingkir.

Calon Imam Muda Aran


credit to: Fan Page Kami Penyokong Ahmad Hazran Ahmad Kamal

Malam tadi, air mata aku tumpah lagik. Entahlah, setiap kali menonton rancangan reality Calon Imam Muda di Astro Oasis, hati aku menjadik sebak. Setiap rancangan yg diutarakan begitu menyentuh perasaan, mmg betul dekat di hati.

Episode malam tadi membawa kita melihat para calon Imam Muda yg tinggal 4 org iaitu calon IM Aran, IM Asyraf, IM Hizbur & IM Taufek...yg telah di tugaskan pergi ke rumah Org2 Tua di Rumah Seri Kenangan Seremban. Di sana, para calon imam muda nie di tugaskan utk mendekati dan menyelami perasaan bapa angkat mereka.

Adoiiii...masa nie air mata aku laju ajer mengalir biler melihat salah seorang daripada bapa angkat calon Imam muda yg menangis teresak2 rindu pada anak2 mereka. Malah jgn ada yg terkejut..ada di antara anak2 mereka yg sudah b'gelar jutawan & berpangkat besar. Sedihnyer....sub..sub..sub..

Part yg paling lagik sedih biler 4 calon imam muda nie hendak meninggalkan bapa angkat mereka. Adoooiiii...sedihnyer tgk keakraban para calon imam muda nie bersama bapa angkat mereka...begitu ikhlas dan kasih sayang mmg begitu jujur lahir dari jiwa calon imam muda yg tulus!

Masa tgk scene penyingkiran pun aku sedih...especially time Datuk Hassan ingin menyebut 2 org calon Imam muda yg bakal tersingkir. Biler Datuk Hassan menyebut nama calon Imam Muda Aran...& calon Imam Taufek...mmg jelas kelihatan....Datuk Hassan pun sedih & menangis biler ingin mengumumkan nama calon IM yg t'singkir. Huwaaaaa....sedihnyer.

Aku sudah dpt agak yg calon IM Aran akan t'singkir w/pun calon IM Aran nie one of my favourite yg aku nk sgt dia masuk ke final......dan alhamdulillah....calon IM Asyraf (read: ingat tak posting aku yg lepas...aku nk sgt IM Asyraf nie ke final) akan meneruskan perjuangan di acara kemuncak pada 30 Julai ini. Aku b'doa moga calon IM Asyraf akan bergelar Juara Calon Imam Muda....insyaallah. Amin.



Thursday, July 22, 2010

Yes! sudah tgk Abg Edward dlm Eclipse muvie @ GSC

Yes...aku sudah tgk movie yg aku tunggu2 sebelum nie. Abg Edward dlm movie nie....masih samer ajer...cuma aku tak baper suka pesen rambut dia....cuba lah amik hairstylist fm Korea...furghhhh sure lagik meletop kalo abg Edward ikut pesen rambut style mamat2 Korea pulak. Part aku rasa...rambut abg Edward nie....yg membuatkan hati aku melted biler scene Bella dlm kesejukan kat dlm khemah...furghhhh masa nie rambut abg edward mmg encem!

Masa tgk movie nie...selain adegan romantis abg Edward with Bella...aku suka scene battle cz barulah ada action sikit. Kalo tak...rasa cam bored pulak aku tgk movie nie...especially scene Bella with her dad. Entah baper kali aku dok nguap...cz cam slow pulak. Then biler part berlawan...fuyoooo..mmg besh.

Romantic de amor ....

Haa....aku mmg suka Alice nie...since Twilight movie lagik. Nampak she is so sweet..peh tu...suka betul dgn character Alice nie....then satu lagik...korang pasan tak...Victoria vampire...tu...nampak so beautiful kan?

Jacob? Tak mo comment ker pasal Jacob...he..he.he...Ok..Well done to him...cz dia pandai delivered watak Jacob yg sungguh berkesan kali nie. Jenuhlah aku dok belek...belek...awatlah yg ramai org suka pada Jacob nie....cz ahkak asyik tingat Jacob nie...masa dia budak2 berlakon dlm citer Sharkboy mmg cute....tp biler dah besar....hemmmmmmm....I reserved my comments...nanti adik Ed marah kalo ahkak cakap pasal abe Jacob dia tu...ahaks...jgn marah yer Ed...gurau jer...he..he..he..

Last but not lease....aku suka pada OST movie nie...especially lagu Vampire Weekend by Jonathan Low & All Yours by Metric....mmg superb!!!! hari2 dok dgr...tak jemu2...dah kuar ker OST Eclipse nie....ingatkan nak belilah CD nie...




Tuesday, July 20, 2010

Contest Tudung Kesayanganku



Syarat2 nye senang je...

1. Of coz mesti ada blog sendiri, terbuka pada follower blog aku sahaja dan bukan lah pemenang dalam contest aku yang terdahulu

~ yes! udah jadik follower ~


2. Amik satu pic korang dan begambo la ngan tudung yg plg korang ske pakai k. Then takyah wat entri panjang lebar..pas post satu gambo korang dan tudung cun korang tu...korang tag lak 2 kwn korang utk wat contest ni gak ..(pas siap semua link kan entri contest korang kat entri aku yg ni supaya aku senang nak check nanti)

~ aku suka pakai tudung nie...sebab memang senang nak pakai. Just lilit2 ajer...then sepitkan kat tepi pipi. Taraaa...dah siap. Peh tu aku suka pada stripe warna cream & biru pada tudung hitam aku ini...nampak unik pulak aku tengok.
tudung nie aku beli kat Hajaba..inner yg warna cream nie pun dari Hajaba gak.
~ gambo nie di amik masa aku tengah tunggu Kakak balik dari sekolah.

~ aku nak tag Ili Safuraa & Bella

3. Link kan kat sidebar u olz banner contest aku tur

~ yes..I'm done ~



Monday, July 19, 2010

Aku dah demam True Blood Season 3!

Skrg nie, diam tak diam...drama True Blood (TB) dah masuk season 3. Right now, aku dah tgk True Blood Season 3 episode 4...tak sabo pulak nk tgk episode 5 dlm minggu nie.....sebab aper? ha..ha..ha..ha...sebab...dlm season 3 nie...ada warewolf yg bernama Alcid! Hemmmm...merembes uolls!


Joe manganiello as Alcid dlm TB season 3


So dlm new season nie, Alcid di tugaskan oleh Eric utk menjadik Sookie punya bodyguard dlm usaha mencari Bill. Aku suka betul tgk watak Alcid nie...alangkah bagusnyer kalo watak Jacob dlm movie Twilight series ganti dgn dia...barulah leh lawan samer dgn Edward Cullen..he..he..he...cz everytime aku tgk Jacob nie...adoooiii so muka budak2 lagik opppsie.....



Alcide with Sookie





Sam

Aku pun tak tahu...cam maner aku leh terjebak dgn drama series TB nie. Masa mula2 tgk season 1 ....aku suka pada watak Sam. Nampak dia cool ajer. Peh tu citer pun b'kisar pada kisah vampire yg bercinta dgn manusia ..dah mcm Twilight pulak....cuma yg berbeza dlm citer TB nie...Sookie m'punyai kuasa Telepathy........Then biler dah masuk .season 2....suka pulak watak Eric. Hemmmm..mcm2 aku nie kan.


Eric



Jessica
Peh tu kan...dlm drama TB nie...watak yg aku rasa kiut & kelakar adalah Jessica. Suka betul pada vampire yg unique nie...cz dia ada personality yg tersendiri. Dlm season 3 nie...Jessica berhadapan cinta tiga segi antara Hoyt & Tommy....tak sabo nk tgk scene Jessica nie...1st time aku tgk vampire cam Jessica nie.

Oh yer...drama TB series nie mmg utk tatapan org dewasa ajer cz manyak sgt scene yg 'kurenggg' sesuai utk tontonan keluarga. Aku tgk drama nie pun...cz dah t'jebak tengok masa season 1 lagik.....so tak sabo nk tahu apa cerita cinta Bill to Sookie? hemmmmm......

Saturday, July 17, 2010

Tag 8

Sila klik folder gambar di PC atau LAPTOP anda. Pilih folder gambar yang ke-8, dan di dalam folder yang ke-8 itu pilih gambar yang ke-8 pula. Tulis catatan ringkas berkenaan dengan gambar tersebut. Seterusnya, tag lagi 8 orang .....

Jeng..jeng..masa aku dok gi my kat pics folder...hati aku dup..dap..dup dap...cz aku mmg tak kira berapa manyak dah folder aku dok created utk letak my pics sumer nie. Ader ker sampai 8 folders? Karang tak cukup 8 folders...mmg tak leh jawap tag fm Lilisam nie.

Sekalik...cuba korang teka...berapa pics. folder yg aku ada dlm my lappy? Ha..ha..ha..ada 23 folders...fuyoooo..baru aku tahu! Selama nie mmg tak pernah kira & tak pernak dok nak amik tahu ada berapa folder..he..he..he...ok..ok..ok..back to topic yg aku kena tag nie...so here it goes!

Nie gambo my gemstones crystal bracelets. Aku mmg suka accecories especially stone crystal nie...barang kemas mmg tak minat sgt..kecuali white gold..he.he..he.

My favourite crystal adalah amethyst & rose quartz dan jugak pink tourmaline (read: kaler purle & pink..spt gambo kat atas). Peh tu...yg kat atas yg berkaler2 tu...since aku rasa cam tak mampu nk beli satu persatu..so aku beli bracelet yg sumer batu crystal ada kt situ cam citrine (kuning keemasan), amethyst (purple), ruby (maroon) & peridot (hijau).

Nak citer kat korang...cam maner aku leh terjebak dgn dunia crystal nie...fuyoooo..ayat..terbaekkkkk he..he...he..he..Aku mula suka pakai crystal nie biler sakit migraine aku nie menjadik2. Aku gi kat Ampang Park....ada satu kedai nie mmg famous dgn jewellery crystal nie. Mula2...aku suka beli yg accecories punya...yg mcm swarozky yg jenis kilat2 tu...yg memancar2...he..he..he...then auntie kat situ suh aku beli yg gemstones crystal...dia kata worth it beli w/pun mahal.

Aku nie...cam biasalah...pantang org dok ayat2...mmg mudah terjebak yewwww. Peh tu...auntie tu kata..cuba pakai bracelet amethyst nie cz crystal nie leh healing sakit kepala aku. Since time tu...aku selalu sakit kepala...so apa salanyer kalo aku just berusaha kan.....mcm kita sakit kepala...ada yg suka pakai minyak cap kapak..aku pulak nk cuba pakai bracelet nie. Apa yg penting kita usaha....yg lain tu kita tawakal kepada Tuhan. Insyaallah....

Since dari hati itu....aku mmg dah jatuh chenta dgn gemstones crytal nie. Hari2 mesti nak pakai gi office...insyaallah..kalo ada rezeki...aku ingat nk beli birthstone Turquoise pulak since aku lahir bulan Dec...insyaallah.

Sebelum tu...aku nk citer lagik....once kita pakai crystal nie...kalo kita ceria or happy...mmg shining & glowing tawww crystal bracelet nie...peh tu kalo kita cam sedih or ada problem..cyrstal nie mmg tak bersinar....sila jgn percaya yer...nie auntie kt kedai tu yg citer kat aku...aku? aku senyum ajer...tepuk dada tanya selera!

I've decided not to tag anyone cz lately nie keja aku nie asyik dok tag org ajer kan...he..he.he..he.



Thursday, July 15, 2010

Lunch with my ex-colleagues

Hemmmm....hari nie cam tak tahu pulak nk citer aper. Since hari nie aku & Joo Tsong ada lunch appoinment with my ex-collegues..then aku ada amik a few pics...so aku citer ajerlah pasal lunch hari nie with Irfan & Zul kat the loaf, pavillion.

Hari nie lunch dgn Irfan cz Joo Tsong nak pass over new jersey New Castle yg Irfan kirim masa hubby Joo Tsong gi New Castle last month. Happy betul Irfan dpt jersey idaman...(read: 1st time aku tgk jersey new castle nie...cz aku mmg x minat bola).

Irfan dok tayang his new jersey kat Zul.

Irfan dok citer...yg he luv this jersey sebab kaler yg black & white..dan the old sponser Adidas...cz dia kata...sponser yg terbaru Puma....mmg aku tak tahu langsung pasal New Castle nie.

Macho tak jersey new castle nie!


Mmg keras perut lunch dgn Irfan & zul nie...masing2 kepala giler2...then Irfan nie dulu my ex-nebor kat our dept. ...selalu ajer wat lawak. Zul pun samer...mmg enjoy!

p/s: aku ingat nak suh derang amik gambo aku & joo tsong...tp rasa cam kelakar pulak... naper nk amik gambo berdua kan?...padahal satu opis...issshhh...kalo dia tahu aku letak gambo derang nie kat blog aku...sure derang terkejut badak....ya ampun to irfan & zul!


Tuesday, July 13, 2010

Kunon...tak mo lunch.

Oh yer..pagi tadi ahkak sorang nie telah menapau nasik lemak sotong for breakfast. Heavy kan... breakfast aku pagi tadi. Itu pun...jenuh gak dok mencongak2...& berkira2 nak makan nasik lemak ker tak? since sudah nak dekat 2 minggu x sentuh nasik lemak...so hari nie kira bedal ajerlah...so lunch nanti tak yah makan...kunonlah.


Aku ingat...lunch nanti nk gi Sg. Wang...cz nak gi post office...peh tu ingatkan nak alter blouse aku. Blouse aku nie..dah lamer aku beli...cuma aku x suka nak pakai cz besar. Punyalah dok asyik tangguh..tertangguh..so ingatkan since breakfast dah makan busat...so lunch nanti leh gi Sg. Wang...itulah plan asal pagi tadi.



Tapi kan korang...harapan asal plan tadi...musnah cz yrs truly nie dok baca spoiler citer My Fair Lady nie kat tenet uolls masa lunch tadi. Mula2 baca episode 6...then rasa....alamak...kena baca pulak episode 7 nie...peh tu..dah alang2 baca spoiler episode 6 & 7...better aku baca episode 8 pulak dah....itulah aku...rasa cam tak sabo2 nak tahu citer selanjutnyer. Furrghhhhh...kawan2 aku sumer heran...naper aku tak kuar lunch...ha..ha..ha..ha.


Actually...hero drama korea nie idoklah sehensem maner...cuma ahkak suka tgk muka heroin nie Yoon Eun Hye. Cun...cute...comeylah! Lawo kan. Suka tgk dia dok buli hero dlm drama nie.



Monday, July 12, 2010

Buah Durian..ada ajer musim sepanjang tahun...


Skrg nie mmg musim buah durian kan? Kalo aku lalu kat jalan Setapak on the way nak anto Cha kat rumah mak kat Wangsa Maju Section 1...bau durian nie...mmg wangi ajer! Furrghhhh...mmg terbaek punya bau.

Aku ingat lagik masa aku kat kg. nk makan buah durian nie...kena tunggu musim buah durian...baru dpt makan. Kalo bukan musim buah deghoyan (loghat Perak)....usah haraplah teman nk dpt makan...kalo dpt makan pun...gulai tempoyak ikan patin adalah...jadiklah..adalah rasa bau deghoyan kat hujung2 gulai tempoyak tu.

Posting kali nie...aku nk ckp pasal musim durian kat KL. Aku rasa...zaman skrg nie...tak payah tunggu musim durian...every month aku tgk...ada ajer org dok jual buah durian nie kat tepi jalan...tu belum lagik kalo singgah kat JJ...mmg ada ajer hari2...siap ada diskon 50% lagik yewww.


Tingat aku last year...Ilham tingin sgt nk makan buah durian nie. Mcm aku...x heran sgt dgn buah durian yg derang jual kat KL nie...cz aku suka makan durian kg. lagik. Manis lemak berkrim...he..he.he..entahlah may be sebab aku asal dari kg. so buah durian kg. still yg terbaekkk bagi aku.

So kitorang makan kat jln Setapak..yg kat sebelah tasik tu...kat situ mmg ramai org dok singgah beli & makan terus durian tu yg gerainyer terletak di tepi jalan. Ilham amik buah Mou Sang King (musang ker?..entah spelling silap..maaf yer). Makanlah dlm 3 bj buah durian...furgghhhhh...nak pengshan aku dgr...biler Ilham bayor dlm rm100++. Iyerlah...bukan bayo ikut jenis size..nie yg jenis ikut timbang punya...Sib baiklah sedap...isi kuning & biji dlm nipis ajer.....Kalo aku ler...entahlah...cam tak sanggup nak habiskan duit manyak tu utk makan durian....cz kalo musim durian..leh balik kg...free ma!

Adooiiii...biler dah citer bab durian nie kan...rasa cam terliur pulak nak makan buah durian. Kat kg. aku dah musim deghoyan ker?..hemmmmm.....sedapnyer kalo dpt buat Tempoyak Masak..furghhhhhh.




Sunday, July 11, 2010

IMAM MUDA @ Astro Oasis



Last friday, Kakak dok ckp kat aku...ada mentor dari Imam Muda dtg ke sek. dia utk beri ceramah Israk Mikraj. Wah..aku pun tanya kat Kakak...ada tak crew or cameraman dtg...(read: aku ingat peserta Imam Muda..he..he..he..). Kakak ckp kat aku...'tak adalah ibu'. Kakak kan..mmg tak henti2 citer apa yg dia dgr pada ceramah kat sek. petang tadi...syukur alhamdulillah.

Aku mmg tak pernah follow citer Imam Muda nie...tp mmg ada niat nk tgk...tp asyik tak kesampaian ajer. Peh tu aku tanya kat kakak...saper namer ustaz yg beri ceramah tu? (furgghhh...excited gak...he..he..he..). Kakak ckp Ustaz Shahrizan. Ohhhhh...peh tu aku ckp kat kakak...tak per..malam nie kita tgk citer Imam Muda nie... (read: 1st time aku tgk citer nie...pd jumaat yg lepas.)

Rancangan Realiti berusurkan islam nie mmg menarik minat aku nk tgk dari mula sampailah ke akhir rancangan. Mmg benar...rancangan nie begitu unik sekali & rasa diri nie begitu kerdil lepas tgk citer Imam Muda nie.


Masa kitorang tgk citer nie..para peserta Imam Muda telah pegi ke Rumah2 Anak Yatim Darul Fuqaha. Aku tgk..para peserta Imam Muda nie mmg mesra sebagai Bapa Angkat kepada penghuni Anak2 Yatim kat sana. Aku pun tak sure sgt..baper org anak angkat mereka..tp mmg mereka dibahagi kepada beberapa kumpulan.


Hati aku mmg terusik tgk betapa kesungguhan & keikhlasan para peserta Imam Muda nie dok mngajar sebutan Al-fatihah yg betul, cara2 menghafaz al-quran ...dan manyak lagi. W/pun usia mereka nampak muda...namun terpancar sinar kepimpinan di wajah masing2.

Air mata aku hampir tumpah biler ada 2 pucuk surat dari anak2 yatim nie di beri kepada bapa angkat mereka iatu para peserta imam muda nie. Wahhh..syahdu sungguh isi surat yg di tulis oleh 2 org anak yatim tersebut.


Kakak & Cha tengok pun...asyik cakap..."Ibu...sedihlah...rasa mcm nak menangis ajer". Then aku ckp kat my doters...kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada...dan hati aku mmg sedih tgk anak2 yatim yg berada di sana. Memang bukan pinta derang utk hantar ke sana...tp biler tgk keadaan mereka di sana...mmg hati aku insaf...especially mengenangkan tak lamer lagik nak Ramadhan..peh tu nak raya..sedihnyer biler org yg kita sayang...tiada di sisi...sub..sub..sub.

Utk para pembaca blog aku nie...kalo ada kelapangan or kalo ada rezeki lebih...apa salahnyer kita menghulurkan bantuan pada anak2 yatim di Darul Fuqaha...kalo tak silap aku kat Kajang.

Since...last friday merupakan 1st time aku tgk citer nie...aku pun tak baper kenal sgt dgn peserta Imam Muda nie...tp aku suka pada perwatakan 2 org peserta nie...calon Imam Muda Asyraf & calon Imam Muda Aran. Ahkak doakan moga 2 peserta calon Imam Muda nie akan sampai ke final. Amin.

Jgn lupa...saksikan Rancangan Realiti Imam Muda nie...di channel Astro Oasis pada hari Jumaat kul 9.00 malam.

p/s: Sib baiklah.....my doters nie kecik2 lagik...he..he..he...kalo derang dah dewasa...mahu kut aku amik salah sorang peserta Imam Muda nie...jadik calon menantu...ahakss....


Wednesday, July 07, 2010

Shell Select....cerita Cha!

Nak cerita...org kalo gi Shell nk isi minyak keter kan? kitorang pulak...especially kami bertiga (aku, kakak & cha)..selalu gi Shell cz nak beli air minuman & kepok kentang.

Ntahlah...aku pun x suka sebenarnyer nk singgah2 kat shell nie. Dah lah harganyer double berdouble kalo compared dgn kedai biasa...tp itulah kedai peberet Cha! Mesti nak singgah kat Shell....kalo cenggini...ibu dia sorang nie bulih brokelah hari2. Aku rasa...staff kat shell select tu pun dah kenal muka kami bertiga nie...hemmmmm.

Aku nk citer....pagi tadi Cha dok remind aku..petang nanti mesti singgah ke Shell lagik. Hamboi...baru semalam gi Shell..tak kan ler hari nie nak gi lagik kan. Aku ckp..."NO". Nak tahu Cha bilang aper?

"Ibu nie....kedekut sangatlah".

Terus aku tergelak...then dia sebut lagik...."ibu nie kedekutlah! nak gi Shell pun tak kasik!"...

Aku diam ajer. Tu citer pagi tadik.

Petang tadi...Cha mentioned lagik pasal nk gi Shell. Alhamdulillah...sib baik hujan petang tadi. So aku guna excuse...'hujanlah petang nie...tak bulih singgah Shell...nanti baju basah'. Terus ajer Cha ckp...'oooooo.....'. Selamat! ..he..he..he..he.


Tuesday, July 06, 2010

Kasut wedges Idaman Kalbu....



Alhamdulillah...finally kasut wedges idaman kalbu jiwaku (read: furghhhh ayat) dah berjaya dimiliki oleh yr truly. Yes! furghhhhh...so lepas nie...in 6 months fm now mmg aku tak mo beli kasut dah. Leh caya ker? Insyaallah...

Kasut wedges nie mmg dah lamer aku dok eyeing since beginning of the year lagik. Punyalah..tak ada diskon kat kasut nie dulu. Then baru2 nie...last friday masa Isetan Sale ada ler pulak diskon 30% ...terus ahkak rembat.

Mmg manyak dugaan betul utk dptkan kasut size ahkak cz mmg tinggal 1 ajer...itupun utk yg ada kat 'display' ajer. Cher korang imagine...gi maner ghupanyer kasut utk yg display tu...mmg dah lunyai sebelah (read: of courselah...yg sebelah lagik masih elok lagi cz dok dlm kotak kasut). Bayangkanlah...hari2 org dok try pakai kasut tu...konpem lunyai sebelah.

So ahkak tanya pada SA yg jaga kat department tu...whether can I change my shoe fm any other outlets? (read: at least...yg baru ler kan...tak mo yg dispaly punya). Normally...mmg derang akan benarkan..yg penting kena ada original receipt!. SA tu mmg very the helpful...dia tepon kat cawangan Pavillion...alhamdulillah mmg ada size ahkak. Terus...jam...itu gak ahkak pergi ke Pavillion utk tukar kasut.

Masa tu rasanyer...tak kira...nk tukar kasut yg baru jugak. Ahkak sempat ckp kat SA (read: more utk luahkan perasaan)..'ahkak dah lamer dok eyeing kasut nie..rupanya ada kat Pavillion...padahal...office ahkak mmg dekat dgn pavillion' . Psstttt....nk citer gak kat korang..ahkak pernah masuk outlet pavillion...SA sana ckp...mmg dah abis wedges yg ahkak minat nie...dululah...a few months back...tu jer nk citer.

Amik cab fm KLCC to Pavillion....sampai aje kat outlet tu...terkejut SA tu cz ahkak sampai cepat sangat...hah..hah...hahh...nk tergelak pun ada. Ahkak gurau kat SA tu...'magic tak'?..he..he..he..beshnyer biler kasut tu bulih tukar balik...furgghhh...then amik cab...nk gi ke KLCC balik....cz ada makan2 with my frens lepas tu. Biler tingat balik....gara2 sepasang kasut nie...membuatkan aku rasa shopping mall KLCC dgn Pavillion mcm bernebor pulak...padahal...tambang cab utk back to KLCC aku kena sampai rm10. Huwaaaaa......tak perlah..pejam mata ajer utk sepasang kasut idaman kalbu nie.



Monday, July 05, 2010

Thanks Osheen!

Last friday merupakan 'mommies day out' bagi ahkak. Sonok sgt pada hari tu cz early in the morning I had a wonderful breakfast with Jas @ La Cucur.


Later in the afternoon, we had makan2 at Spring Garden,KLCC...yessszarrrr...we had our 'dim sum madness' hari tu. Thanks to Osheen cz belanja we all makan on that day. Moga Tuhan murahkan rezeki u lepas nie laling. Mula2 we all plan nk makan kat Chili's...since org dok beratur punyalah ramai...then we decided to changed venue to makan dim sum at Spring Garden.

Osheen tengah menjamu selera....sebelah tu Aiman..tgh baca doa ker? Kiut betul Aiman nie.


Entry kali nie nk citer pasal Egg Tart. Mula2...masa ahkak & Tina sampai kat Spring Garden..waitress tu dok tanya samaada weolls nak order ker tak...egg tart?. Sedap ker egg tart nie? dlm pikiran aku. Peh tu biler waitress tu kata 'very fast selling' terus ajer we all ckp..."okeylah...oder 1 dulu'.



Masa nie...kami berdua ajer yg sampai dulu. Sempat posing gambo dgn kueh egg tart nie. Sedaplah kueh egg tart nie...lembut & wangi ajer bau dia

Biler ajer sampai egg tart nie...Tina dok rasa dulu. Dia ckp'''ehhhh....sedaplah". Aku pun dok rasa..."ha'alah...mmg sedap". Terus ajer...jam..jam tu gak...we all order lagik satu. Peh tu makan lagik....mmg so sedap! Nak order sampai 2 piring....peh tu waitress tu ckp...dpt order 1 ajer cz dah HABIS! Kelakar rasanyer....yer lah...mula2 cam jual mahal...sekali dah rasa...terus nak rasa...rasa....and rasa lepas tu.


Cik Dee (yg dah kurus!!!!) with Baby...



Beautiful ladies! Baby & Che Ta