This year raya, last minute Ilham tuko plan..suppose nak beraya kat T'gganu...tapi kali nie..Ilham nk beraya kat Parit, Perak (my hometown)...insyaallah nx yr raya aku x sabo..sabo nak raya kat Ganu...coz aku suka bangat balik Ganu...na..na na..nah Ganu kita.
To all my blog readers...yg maner balik kg. tu..pls drive carefully & hopefully yr guys will be safe n sound pergi dan balik raya nanti.
3 comments:
Begitulah kisahnya.... kalau di sebelah pihak rasanya Hari Raya itu memang sesuatu yang menggembirakan. Di satu pihak lain kisahnya adalah amat menyayat hati. Kisah abah saya yang ada seorang sahaja anak lelaki. Ke mana anaknya yang seorang ini? Tuhan sahaja yang tahu. 2 tahun kepulangan ditunggu, seolah-olah tidak pernah lagi akan menjejak kaki ke kampung halaman. Kami faham.. kami ini orang kampung, serba serbi tertinggal. Tapi sekurang-kurangnya hantarlah berita ke kampung. Tanyalah kabar berita, abah sihat atau tak. Rasanya tidak tertahan hati melihat abah rindukan anak lelakinya yang seorang. Tidak hanya berlari-lari anak melihat keluarga lain gembira melihat anak mereka pulang ke kampung halaman......
Tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pula tempat bermain,burung mana yang tidak rindukan sarangnya tetapi kadang kala keadaan tidak mengizinkan,mungkin ada ribut dipertengahan jalan, mungkin tenaga burung yang terhad dan sekelumit itu lebih baik baginya untuk mencari sesuap cacing untuk anaknya dari terbang pulang ke selesa sarangnya.
Benarlah kata bijak pandai, Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Keadaan selalunya tidak seperti yang kita lihat dan sangkakan.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
nor
Kita sebagai anak .. hampir setiap detik yang tidak mampu dan tidak layak untuk memberi seribu satu alasan untuk menolak tanggungjawab tidak bersama orang yang telah membesarkan kita. Apatah lagi jika kita ini seorang anak lelaki. Tidak ada satu alasan di dunia ini mampu menangkis hakikat bahawa kita terhutang budi, nyawa dan sebuah kehidupan kepada seorang bapa. Tanpa dia.. kita tidak mampu menjadi diri kita pada hari ini. Begitu ganasnya badai, ribut petir, guruh halilintar yang melanda tidak mampu menghalang burung untuk tetap pulang ke sarangnya. Tidak banyak yang dipinta oleh orang tua kita, hanya secangkir ingatan dan saat-saat manis untuk dikongsi bersama seisi keluarga. Kenangan dan ingatan itu lebih berharga dari berkarung harta yang perlu dikumpul.
Begitu berat mata memandang... tidak memberi apa-apa makna jika mata itu tidak dapat menilai harga sebuah kasih sayang dan pengharapan yang tidak berkesudahan. Sebelum mata yang berat itu masih boleh memandang dan tidak terpejam terus untuk selamanya.. pulanglah untuk mengisi suka duka hari-hari senjanya.......
Post a Comment