Wednesday, October 24, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 35 (part 1)




 
Ain tidak dapat melelapkan matanya.  Begitu juga dengan Am.




Am marah Ain masih ada lagik.  Bukan senang untuk Ain hilangkan parut yang ada nie. Luka tu tetap akan ada sampai bila2.

Kalaulah Ain ada kuasa sakti dah lama Ain lenyapkan duka nie yang ada di dalam hati Ain.



 Ain akan cuba padamkan sejarah hitam tu supaya kita hidup lebih baik dan lebih tenang.

Benci tu tetap akan ada...sampai bila2 pun tetap akan ada!


Sepikah aku.....sehingga tak ada tempat untuk aku mengadu.  Sepikah aku kerana membenarkan diri memikirkan sesuatu yang tak tercapai.



Ain tahu...Ain selalu ingkar dengan permintaan Am.  Ada ajer alasan Ain.  Malah Ain telah bertekad untuk tidak biarkan hati Ain nie...jatuh cinta pada Am kali ke -2...tak kan...tak kan sama sekali! bisik hati Ain yang memang susah untuk menerima kembali cinta Am untuk kali ke 2.



Johan menikmati sarapan pagi bersama ibunya.

Ibunya sempat mengusik...adakah Ain yang memilih baju baru Johan tu.  Johan cakap tu adalah pilihan Azie.  Ibu dia juga bertanya...Ain tak marah ker kalo Johan keluar bersama Azie.

"tak adalah...Ain yang mintak tolong Azie...lagipun mereka berdua tu kan berkawan baik " jelas Johan kepada ibunya.

"jadik ker kamu cakap pasal Ain tu?" ibu Johan cuba pastikan yang Johan betul2 serius dengan Ain

" jadik ...kalo boleh secepat mungkin" jelas Johan lagik

Ain telah memanggil Fauzi untuk berjumpa dengannya.   Ain cuba mengumpulkan keberanian untuk berjumpa dengan Fauzi sekaligus menasihatinya supaya jangan cuba hendak mengorat Ain lagi.



" okey...macma mana saya nak terangkan yer..." Ain cuba mencari idea untuk memula bicaranya dengan Fauzi.

"kalo Cik Ain tak selesa...kita boleh bincang kat tempat lain..." ujar Fauzi cuba memberikan idea jika Ain merasa kekok untuk bercakap dengannya di pejabat.


 "tak apa...kat sini pun dah okey" yakin Ain dengan jawapannya




" saya hargai sangat dengan apa yang dah kamu lalui...saya..tapi...." belum sempat Ain meneruskan kata2nya...Fauzi tiba2 bersuara.

"Cik Ain...cik Ain jangan rasa rendah diri...insyaallah saya boleh bagi..." jujur pengakuan Fauzi kepadanya pensyarahnya...

"ha...kamu mungkin tak faham..okey macam nie.  Antara pensyarah dengan student dia tak sepatutnya ada sesuatu yang boleh orang lain anggap kurang...." sekali lagi Fauzi cuba memotong percakapan Ain lagi




"lantaklah apa yang derang nak cakap Cik Ain....okey untuk pengetahuan Cik Ain...derang ada try try saya..tapi saya tak layan...sebab itu derang bising..."jelas Fauzi

"okey.... Fauzi...saya tak sesuai untuk kamu...kalo kamu nak bercinta..cari orang yang sebaya dengan kamu..." tegas Ain

"errrr....saya menghormati keputusan Cik Ain tu....tetapi kalo Allah dah tentukan hati dan perasaan saya kepada Cik Ain...saya nak buat macam mana" terang Fauzi yang nampaknya..dia masih cuba untuk mengorat Ain


"Fauzi...kamu tak pernah terfikir ker...saya nie mungkin sudah berkeluarga,,umur pun dah 30..40 tahun lebih tua...ha...untk pengetahuan kamu...kelurga saya dah pilih suami untuk sayan..." terang Ain dengan panjang lebar.

Fauzi seakan tak percaya dengan penjelasan Ain. Tetapi dia akan tetap sokong 100%.

Okeylah kata Ain sambil mengambil handphone dan berpura2 untuk membuat satu panggilan.  Fauzi beredar selepas itu dengan hati yang remuk.


* bersambung esok untuk part 2 pulak...

Adam Dan Hawa - Episode 34 (part 2)

Hari nie Ain memakai skarf pemberian Johan.


Manis sungguh Ain hari nie...sampaikan si Fauzi terlopong melihat keayuan wajah pensyarahnya itu. Selepas habis kuliah...Fauzi datang menghampiri Ain lalu memberikan bunga kering dan kad ucapan yg tersimpan di dalam bukunya. 

Sempat pulak tu...si Fauzi mengenyit mata nakalnya terhadap Ain..(read: besh gak pelakon yang melakonkan watak Fauzi nie...kalo dia jadik Johan pun...lagik besh..hehehhe ..tiba2 jer kan...)


Aksi Fauzi yang cuba mengorat pensyarahnya itu dapat di lihat oleh kawan2 sekuliahnya yang lain. Ada scene di mana Ain menasihati studentnya untuk mencari maklumat di internet.


Semasa Ain sedang menasihati kedua-dua studentnya itu...salah sorang student Ain ternampak bunga yang berada di dlm report Fauzi. Sebelum mereka beredar pergi...sempat mereka menasihati pensyarahnya itu supaya berhati2 dgn Fauzi sebab mereka kata Fauzi tu Mat Jiwang... 



Mula2...Ain cuba menjauhkan buku Fauzi dari dirinya..then tiba2 jer dia membuka buku dan ternampak sekeping kad.







Am menelefon Ain.






" Assallamulaikum..." sapa Am di talian

"Waalaikumussalam..." jawab Ain

"Sibuk ker.." tanya Am

" tak berapa jugaklah...anything that I can do for you...? Ain bertanya kepada Am


"what you can do for me...you say yes pada apa yang Am nak cakap" perintah Am secara bergurau

"then that will be..?." tanya Ain yang begitu suspen untuk mendengar jawapan dari Am selepas ini


"Malam nie nak tengok wayang...Am belikan tiket...cerita hannnttttuuuuuu" ajuk Am seolah2 ingin menakutkan Ain dengan filem hantu.



Eeeiiii...dia nie tak reti nak mengalah ker...bisik hati Ain yang merasa geram dengan ajakkan Am untuk pergi menonton wayang bersama dengannya.


" pukul berapa show dia?" tanya Ain

"pukul 10.30...Am datang amik Ain...lepas tu kita pergi makan..lepas tu kita tengok wayang" ujar Am yang cuba membayangkan apa yang akan berlaku malam nie...macam terasa indah ajer..pada tanggapannya.


Sah dia nie tak faham bahasa bisik hati Ain lagi.


" asyik2 makan jer...kalo tak makan..tak boleh?" nada Ain sedikit marah kali nie.

"iyerlah makanlah....kena makanlah dengan isteri Am nie...nanti orang kata Am tak kasik makan isteri pulak....." usik Am bersahaja

" Am...jangan gunakan perkataan wife tu lagik boleh tak....its sounds funny...and please jangan nak tunjuk baik pulak sekarang nie..." Ain meluahkan perasaan kuruang senangnya terhadap Am

"Why?" soal Am yang merasa pelik kenapa Ain berkata sedemikian rupa kepadanya

"Why....? lepas apa yang Am buat pada Ain....Am ingat Ain boleh lupakan macam tu jer ker...." geram Ain kepada Am


"Masa kita pergi beli kain tempoh hari...masa Am introduce Ain sebagai isteri Am...Ain tak marah pun..." bunyi cakap Am agak manja pulak kali nie

"itu sebab nak jaga maruah Am..." jelas Ain lagi


"maruah Am?" kali nie suara Am agak tegas sedikit

"Iyerlah...kalo tak...Am jugak yang malu..." ulang Ain lagi

" So...Ain malulah keluar dengan Am..." Am cuba mengcungkil apa yang Ain rasakan bila keluar berdua dengan Am

"tak lah..." suara Ain sedikit bergetar kali nie


" so...boleh keluar ker tak nie?" Am inginkan jawapan dari Ain

Ain diam.....dan secara spontan...Am menyanyi lagu Justin Bierber....." you know I love you...you know I care..." Am menyanyi sambil tersenyum...

Ain merasa terkejut bila mendengar Am menyanyikan lagu tu utk dirinya...lalu berkata " kat mana tadi?" sajer jer Ain nak ubah topik...

Am tersenyum...yes!




Am sudah sampai...dia text Ain. Masa tu Ain sedang membeli barang bersama dengan Azie di supermarket.


Azie merasa pelik kenapa Ain tersenyum sorang2..dan dia cuba menguji Ain bahawa adakah Johan yang text dia....dan muka Azie nampak riak cemburu.


" tak...eh...mana dia yer? hari nie dia tak call kita pun..." soal Ain yang merasa pelik kerana Johan tidak menghubunginya seperti selalu.

" dia sibuk kut..." terang Ain untuk menenangkan hatinya

"mungkin kut...." jawap Azie lagik seperti ada perkara yang di sembunyikannya dari Ain






 

Tuesday, October 23, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 34 (part 1)


Selepas di tanya oleh Khairul " Ain tak marah ker engkau dan Azie keluar berdua-duaan..?"

Cepat2 Johan menjawap " tak adalah Bro...kitorang nie memang kawan lama"....wah pandai betul Johan nie nak cover line.  Azie pula mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Johan kepada Khairul.



Am merasa pelik kenapa keretanya dah berubah tempat...dan terus bertanya kepada Ain sekembalinya ke kereta " kenapa Ain alih kereta?"



" haaa.....tadi pak guard tu suruh alih....so Ain alihlah..." jelas Ain

"saja jer pak guard tu...biasanya Am parking situ tak ada apa2 pun...nak kacau Ain yer....."usik Am nak bagi Ain tersenyum.

Ain masih lagik dengan senyuman hambarnya...seolah macam kena senyum paksa pulak.

"so dah settle?" tanya Ain tentang tugas Am di pejabatnya

"dah' jawap Am pendek

"Boleh baliklah..." Ain memberikan hint...sebagai tanda dia ingin pulang ke rumah

"tapi Am lapar...." rengek Am bersahaja

Satu tamparan hebat untuk Ain kerana Ain tidak menyangka yang dia harus menemani Am pulak untuk supper pada masa tu.


"Boleh lah..." tutur Ain perlahan sambil melihat jam di tangannya.  Hati Ain resah dan tak keruan jika makin lama bersama Am.  Agaknya...Ain ada confuse feelings kut sekarang nie. Ain cuba untuk tersenyum bagi menenangkan hatinya pada saat itu.

Am menghantar Ain pulang ke rumah sewanya...dan Ain merasa terkejut kerana Azie belum pulang ke rumah mereka.

"Azie nie dah balik ker?" soal Ain yang risau kerana Azie belum balik lagik ke rumah

Ain memberitahu Am yang Azie keluar dengan kwan dia tapi tak tahu saper.

"Buah hatilah...tak kan....." Am seolah ingin membetulkan ayat yang Ain cakap tadi pasal Azie keluar dengan kawan dia.


Sebelum membuka pintu kereta...Ain sempat mengucapkan terima kasih dan  memberitahu Am  bahawa lepas nie dah tak ada lagik Ain nak menemaninya seperti malam nie.

Am terus bertanya kembali kepada Ain..." tak ada apa.....?"

"iyerlah...tak kan every time Ain nak teman Am" pedas pulak kali nie ayat yang keluar dari mulut Ain.

Am hanya mampu mengucapkan..." terima kasih".



Semasa perjalan pulang...Am teringat kembali memori manisnya bersama dengan Ain sewaktu memilih kain untuk hadiah harijadi Erin.


"yang nie cantik jugak kan..." mata Am tertumpu pada kain yang menarik minatnya  dan meminta pendapat daripada Ain tentang kain tersebut



"nampak tua sikitlah..." protes Ain terhadap kain yang diminati oleh Am tadi.

Semasa Am dan Ain sedang sibuk memilih kain ..tiba2 seorang pembantu jualan datang ke arah mereka.

"Boleh saya bantu" kata jurujual tersebut

"aaa...nak carik kain.." jelas Am


"kain yang macam mana...untuk girlfriend encik ker?" tanya jurujual tesebut sambil matanya memandang Ain dengan penuh mesra.


"ini isteri saya" tutur Am kepada jurujual tersebut

"oh yer...ker...macam bukan jer...macam tengah bercinta jer..." jujur pengakuan ikhlas dari mulut jurujual nie...menarik minat Am untuk mendekati Ain dengan lebih dekat

"Memang bercinta pun.." jawap Am dengan selamba.  Kali nie Ain tidak marah sepert sebelumnya..nampak Ain tersenyum bila mendengar Am berkata sedemikian rupa.


Am memandang Ain dari jauh dan memek mukanya nampak cute pulak.

Ain bertanya kepada Am tentang mana satu yang menjadi pilihan hati Am..makumlah boleh rambang mata bila dah pergi ke kedai kain nie.


"Am nak yang nie?" tanya Ain lembut kepada Am


"Am pilih yang striking blue tu...sebab corak abstraknya cantik..tak adalah berbunga sangat kan..." terang Am kepada Ain


"okeylah...ambil yang nie..." ujar Ain kepada jurujual tersebut

"ahkak tak nak  beli ker?" tanya jurujual saja jer untuk memancing hati Ain supaya membeli kain untuk dirinya sendiri

"tak per...ahkak next time" jelas Ain

"abang...tak nak beli untuk akak?" jurujual masih tidak give up...untuk melakukan marketing strategy terhadap pelanggannya

"dah mem kata tak nak tu...tak naklah..." spontan ajer ayat nie keluar dari mulut Am.


Sure masa nie..hati Ain terusik...apalah salahnya Am membelikan kain untuk Ain kan...dah alang2 datang sini...belilah kain untuk pujuk hati Ain tu....

"betul tak nak?" usik Am kepada Ain....kali nie...Ain tersenyum...adakah senyum marah ker or senyum geram sebab Am tak beli kain pun untuk dia....Am oh Am....


"kalolah Ain selalu macam nie kan best" hati Am berbunga kembali bila melihat Ain tidak marah or menunjukkan memek muka yang benci bila Am memperkenalkan Ain sebagai isterinya tadi.



" tak berangin...tak marah...jadi Adam Mukhriz...engkau kena lakukan satu benda yang kita tidak pernah ....macam orang bercinta..iyerlah....soooo...langkah seterusnya....langkah seterusnya adalah....."


Ain bersiap2 untuk pergi kerja....dan tiba2 dia terpandang ada satu hadiah di atas meja soleknya.

Cantiknya....Ain mengambil hadiah pemberian Johan.


" Johan...Johan...pandai ambil hati aku.  Kalo aku di beri pilihan..mungkin aku pilih engkau...tapi aku tak boleh....aku tak mampu...aku hak Am..." luah Ain sedih sambil memegang skarf pemberian Johan.


"okeylah nanti kita pakai yer.." sambil melipat kembali skart tersebut ke tempat asalnya.


Agaknya Ain merajuk kut sebab Am tak beli kain untuknya malam tadi...tu pasal Ain cakap macam tu.


* to be continued in part 2...esok yer...*