Tuesday, October 23, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 34 (part 1)


Selepas di tanya oleh Khairul " Ain tak marah ker engkau dan Azie keluar berdua-duaan..?"

Cepat2 Johan menjawap " tak adalah Bro...kitorang nie memang kawan lama"....wah pandai betul Johan nie nak cover line.  Azie pula mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Johan kepada Khairul.



Am merasa pelik kenapa keretanya dah berubah tempat...dan terus bertanya kepada Ain sekembalinya ke kereta " kenapa Ain alih kereta?"



" haaa.....tadi pak guard tu suruh alih....so Ain alihlah..." jelas Ain

"saja jer pak guard tu...biasanya Am parking situ tak ada apa2 pun...nak kacau Ain yer....."usik Am nak bagi Ain tersenyum.

Ain masih lagik dengan senyuman hambarnya...seolah macam kena senyum paksa pulak.

"so dah settle?" tanya Ain tentang tugas Am di pejabatnya

"dah' jawap Am pendek

"Boleh baliklah..." Ain memberikan hint...sebagai tanda dia ingin pulang ke rumah

"tapi Am lapar...." rengek Am bersahaja

Satu tamparan hebat untuk Ain kerana Ain tidak menyangka yang dia harus menemani Am pulak untuk supper pada masa tu.


"Boleh lah..." tutur Ain perlahan sambil melihat jam di tangannya.  Hati Ain resah dan tak keruan jika makin lama bersama Am.  Agaknya...Ain ada confuse feelings kut sekarang nie. Ain cuba untuk tersenyum bagi menenangkan hatinya pada saat itu.

Am menghantar Ain pulang ke rumah sewanya...dan Ain merasa terkejut kerana Azie belum pulang ke rumah mereka.

"Azie nie dah balik ker?" soal Ain yang risau kerana Azie belum balik lagik ke rumah

Ain memberitahu Am yang Azie keluar dengan kwan dia tapi tak tahu saper.

"Buah hatilah...tak kan....." Am seolah ingin membetulkan ayat yang Ain cakap tadi pasal Azie keluar dengan kawan dia.


Sebelum membuka pintu kereta...Ain sempat mengucapkan terima kasih dan  memberitahu Am  bahawa lepas nie dah tak ada lagik Ain nak menemaninya seperti malam nie.

Am terus bertanya kembali kepada Ain..." tak ada apa.....?"

"iyerlah...tak kan every time Ain nak teman Am" pedas pulak kali nie ayat yang keluar dari mulut Ain.

Am hanya mampu mengucapkan..." terima kasih".



Semasa perjalan pulang...Am teringat kembali memori manisnya bersama dengan Ain sewaktu memilih kain untuk hadiah harijadi Erin.


"yang nie cantik jugak kan..." mata Am tertumpu pada kain yang menarik minatnya  dan meminta pendapat daripada Ain tentang kain tersebut



"nampak tua sikitlah..." protes Ain terhadap kain yang diminati oleh Am tadi.

Semasa Am dan Ain sedang sibuk memilih kain ..tiba2 seorang pembantu jualan datang ke arah mereka.

"Boleh saya bantu" kata jurujual tersebut

"aaa...nak carik kain.." jelas Am


"kain yang macam mana...untuk girlfriend encik ker?" tanya jurujual tesebut sambil matanya memandang Ain dengan penuh mesra.


"ini isteri saya" tutur Am kepada jurujual tersebut

"oh yer...ker...macam bukan jer...macam tengah bercinta jer..." jujur pengakuan ikhlas dari mulut jurujual nie...menarik minat Am untuk mendekati Ain dengan lebih dekat

"Memang bercinta pun.." jawap Am dengan selamba.  Kali nie Ain tidak marah sepert sebelumnya..nampak Ain tersenyum bila mendengar Am berkata sedemikian rupa.


Am memandang Ain dari jauh dan memek mukanya nampak cute pulak.

Ain bertanya kepada Am tentang mana satu yang menjadi pilihan hati Am..makumlah boleh rambang mata bila dah pergi ke kedai kain nie.


"Am nak yang nie?" tanya Ain lembut kepada Am


"Am pilih yang striking blue tu...sebab corak abstraknya cantik..tak adalah berbunga sangat kan..." terang Am kepada Ain


"okeylah...ambil yang nie..." ujar Ain kepada jurujual tersebut

"ahkak tak nak  beli ker?" tanya jurujual saja jer untuk memancing hati Ain supaya membeli kain untuk dirinya sendiri

"tak per...ahkak next time" jelas Ain

"abang...tak nak beli untuk akak?" jurujual masih tidak give up...untuk melakukan marketing strategy terhadap pelanggannya

"dah mem kata tak nak tu...tak naklah..." spontan ajer ayat nie keluar dari mulut Am.


Sure masa nie..hati Ain terusik...apalah salahnya Am membelikan kain untuk Ain kan...dah alang2 datang sini...belilah kain untuk pujuk hati Ain tu....

"betul tak nak?" usik Am kepada Ain....kali nie...Ain tersenyum...adakah senyum marah ker or senyum geram sebab Am tak beli kain pun untuk dia....Am oh Am....


"kalolah Ain selalu macam nie kan best" hati Am berbunga kembali bila melihat Ain tidak marah or menunjukkan memek muka yang benci bila Am memperkenalkan Ain sebagai isterinya tadi.



" tak berangin...tak marah...jadi Adam Mukhriz...engkau kena lakukan satu benda yang kita tidak pernah ....macam orang bercinta..iyerlah....soooo...langkah seterusnya....langkah seterusnya adalah....."


Ain bersiap2 untuk pergi kerja....dan tiba2 dia terpandang ada satu hadiah di atas meja soleknya.

Cantiknya....Ain mengambil hadiah pemberian Johan.


" Johan...Johan...pandai ambil hati aku.  Kalo aku di beri pilihan..mungkin aku pilih engkau...tapi aku tak boleh....aku tak mampu...aku hak Am..." luah Ain sedih sambil memegang skarf pemberian Johan.


"okeylah nanti kita pakai yer.." sambil melipat kembali skart tersebut ke tempat asalnya.


Agaknya Ain merajuk kut sebab Am tak beli kain untuknya malam tadi...tu pasal Ain cakap macam tu.


* to be continued in part 2...esok yer...*







5 comments:

Siv said...
This comment has been removed by the author.
Siv said...

kekekke suka tengok muka Am..scene kereta Ain rosak dalam novel belum lagi kan akak..suka scene tu ..hehehe tak sabar tunggu

Siv said...
This comment has been removed by the author.
Siv said...
This comment has been removed by the author.
Siv said...
This comment has been removed by the author.