Johan nak belanja Azie makan malam...dan ahkak rasa...dah ada bunga2 percintaan kalo kita melihat dari body language mereka berdua nie. Let the pics do the talking okey.
Semasa Am sedang membuat pembayaran di kaunter, seorang jurujual datang menghampiri Ain untuk menyuruh Ain memilih kain yang bewarna pink yang so sweet untuk dirinya.
" Akak...cuba akak tengok nie...yang nie...saya rasa yang nie memang sesuai untuk akak...cantik kak....nie yang paling terbaru..sekali..." kata jurujual kepada Ain sambil Ain membelek2 kain yang bewarna pink tersebut.
"kalo buat baju kurung kena ada lininglah kan..." Ain bertanya dengan penuh minat
"kalo buat lining...kena 4 meter.." jelas jurujual tersebut
Ain menolak dengan secara baik dan berkata lain kali sambil tersenyum kepada jurujual tersebut.
Ada scene Johan dan Azie sudah sampai ke tempat makan yang di pilih oleh Johan.
" Kenapa kita nak makan sampai ke tempat jauh macam nie sekali..." soal Azie yang merasa janggal bila Johan memandu dan membawanya untuk makan malam di situ.
"Ain tak ada...tak cukup korumlah..." luah Azie yang merasa sedikit kekok bila Ain tiada bersama mereka.
"Kita berdua okey apa....you sorang pun dah cukup " gelak Johan sambil mentertawakan Azie yang merasa lain pada malam tu.
"lets go..." pujuk Johan lagi
Semasa Johan keluar dari kereta....dia terlihat sebuah kereta yang yang dia familiar sangat....
"I macam kenal ajer kereta tu.....saper tu ha...?" soal Johan lalu pergi ke arah kereta tersebut...(read: scene nie....menimbulkan seribu persoalan kepada penonton yang sedang menonton channel 134 Mustika HD...hehehheee)
Am memandu kereta dan berhenti betul2 di hadapan pintu masuk ke bangunan tempat kerja Am.
" Okeyyyy....betul Ain betul tak nak ikut?" soal Am cuba mendapatkan kepastian dari Ain
"Am pergi kejap ker lama?" Ain cuba bertanya kepada Am
" Tak lama...dalam sixteen minutes" jelas Am kepada Ain
"Tak perlah...Ain tunggu dalam kereta ajerlah..." tutur Ain kepada Am
"You sure?" soal Am lagi
"kenapa...tak boleh tunggu dalam kereta" Ain persoalkan kenapa dia tak boleh tunggu Am dalam kereta
" bulihlah......cuma Am tak nakAin tunggu dalam kereta sorang2..." jawap Am lembut. Jelas menunjukkan sifatnya yang sangat caring terhadap Ain.
" dah...Ain dah biasa sorang2" jelas Ain untuk mengurangkan kerisaun di dalam hati Am
"touching" spontan Am berkata sedemikian...dan membuatkan Ain tersenyum hambar
"locks the door" pesan Am sebelum membuka pintu kereta lalu membiarkan Ain keseorangan di dalam kereta tersebut.
Kenapa susah sangat aku nak kikis perasaan benci pada Am nie
Bila berjauhan aku rasa rindu
Bila dekat rasa nak gaduh jer
Entahlah...aku sendiri pun tak faham kenapa rasa marah kepada dia tak pernah pernah padam
Inilah orang kata..... benci tapi rindu
Kata Mama...Am dah banyak berubah kerana aku
Kerana aku jugak Am ingin kembalikan kebahagiaan yang dia pernah ragut dulu
Tapi tak semudah itu Am!
Johan berjalan laju untuk menuju ke arah kereta tersebut...dan wajah Ain sedikit cemas kerana cerminnya di ketuk oleh seseorang.
Ain membuka tali pinggang kereta dan menurunkan cermin kereta Am perlahan2.
Di hadapannya....jeng..jeng...jeng...kelihatan wajah seorang pengawal keselamatan datang untuk menyuruh Ain mengalihkan kereta ke tempat lain.
"Maaf yer cik...tak boleh parking kat sini...sila parking sebelah sana" kata abang pengawal keselamatan
" sekejap pun tak boleh ..." Ain cuba merayu supaya dibenarkan parking sekejap di situ
"tak boleh cik..." tegas abang pengawal keselamatan tersebut
Ain memintak maaf dan terus membuka pintu dan masuk semula ke tempat duduk pemandu untuk mengalihkan kereta Am ke tempat parking yang di tunjukkan oleh abang pengawal keselamatan tadi.
Johan sangat gembira bila dapat bertemu dengan kawan lamanya Khairul. Adalah scene usik mengusik bersama Johan dengan kawannya. Azie hanya memerhatikan Johan dan Khairul. Johan memperkenalkan Azie kepada Khairul...dan Khairul ingatkan Azie adalah Ain yang pernah di ceritakan oleh Johan kepadanya dulu.
"Ain tak marah ker engkau dan Azie keluar" soal Khairul yang merasa pelik melihat Johan keluar bersama Azie. Tiba2 wajah Johan bertukar menjadi kelat dan diikuti oleh Azie yang merasa pelik bila soalan itu di tanya oleh Khairul kepada mereka berdua.
1 comments:
ahkak nurul, masa saya tgk part ketuk cermin.. saya pun hampir konfius.. heheheheheh.. siap ckp kat hubby, 'ni tak der dalam buku nih... mana boleh johan dan ain terserempak sekarang?'... hahahaha.. tertipu..
Post a Comment