"Kalo mama nak apa2...mama call Am tau" Am mengingatkan Mama supaya menghubunginya kerana nampak Mama macam tak sihat ajer.
Lagi Am ingin pulang ke rumahnya walaupun telah di halang oleh Mama untuk bermalam di rumah Mamam sahaja.
" tak apalah Mama...Am balik tidur di rumah ajer...tak tido katil Am tu..." Am yang berdegil mahu pulang ke rumahnya.
Ain pulang ke rumahnya dari KLIA dengan wajah yang lesu dan penat. Azie terus menerpa ke arah Ain yang duduk di atas sofa dengan wajah keletihan.
" Hey...balik pun engkau. Tengok tu pukul berapa...engkau sampai hari nie...Johan dah called aku berkali2 cari engkau...aku sampai rimas di buatnya."..leter Azie memarahi Ain yang baru pulang.
"aku dah balik ini kan...dah lah...." jelas Ain
"engkau sebenarnya pergi mana...ha? Ain..kalo engkau ada masalah...engkau kena ceritakan pada aku...aku nie kan kawan engkau...engkau tahu tak..betapa risaunya aku...
aku dah berapa kali call engkau...sms dah berapa beribu kali hantar kat engkau...si Johan tu lagiklah...sampai...naik gila di buatnya.." marah Azie tak habis2 kepada Ain yang hanya diam membisu.
" Aku yang naik gila...aku nie...aku..!" herdik Ain kepada Azie.
"Ma...sekiranya kan...kalau Am dan Ain dah tak ada jodoh lagik...Am nak Ma tahu yang Am dah boleh terima hakikat tu..dan Am tak nak paksa Ain teruskan hubungan tu...kalo setakat nak membahagiakan untuk Ma...Am rasa kita tak akan bahagia Ma..." tutur Am perlahan tapi tegas tentang perhubungannya dengan Ain kepada Mama.
"Am...lepas Am balik dari umrah...kita akan jadik kuat Am...sama ada kita kuat..atau kita kalah sebelum pergi berjuang.
"
Dah lama Am berjuang untuk Ain ...Ma.." suara Am lemah ajer kali nie
"Sampai ke titisan terakhir Am..." Ma tidak berputus asa untuk memujuk hati Am yang pada ketika itu sudah putus harapan dengan Ain.
" Kalo hanya kerana seorang wanita yang tidak ada apa2 perasaan terhadap Am....Am rasa tak payahla Ma...Am dah penat...dah malas....jadik kalo Mama...sayangkan Am...Mama terimalah keputusan Am nie...please..." rayu Am lembut kepada Mama semoga Mama dapat memahami keputusannya itu.
" Ain...cakaplah...apa yang sebenarnya berlaku? Kalo engkau hanya setakat jumpa Eja ajer...tak kan engkau sampai mengamuk...macam nie. Eja ada masalah...?" Azie cuba berdiplomasi dengan Ain supaya Ain dapat menceritakan hal sebenar kepadanya.
" Azie...aku ingatkan engkau nie sesuai sangat jadik reporter" perli Ain yang tidak mahu menjelaskan hal yang sebenar kepada Azie.
" Dahlah...Ain...engkau jangan nak tukar topik. What happen?" soal Azie yang masih tidak berputus asa.
" engkau gaduh dengan Johan?" tanya Azie...Ain hanya diam membisu.
" Johan ada perempuan lain ker?" Azie cuba meneka... " ker...engkau yang dah berubah hati...ha! nie mesti sebab Am kan?" Azie cuba serkap jarang...tanpa mengetahui Ain akan melenting bila nama Am di sebut2.
"engkau boleh tak jaga mulut engkau tu....suka2 hati jer nak tuduh orang macam tu...aku pergi adik akulah kat hostel tu..dia ada masalah...puas hati?" jerit Ain yang mengamuk bila nama Am di sebut2 oleh Azie.
" Aku naik mandi lagik baguslah..." rungut Ain lalu meninggalkan Azie yang terpinga2 melihat perubahan Ain yang tidak pernah di lihatnya sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment