Saturday, October 20, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 32 (part 3)


 Azie balik ke rumah dan mendapati banyaknya lauk pauk yang sedang terhidang di atas meja makan.




“Amboiiii…..katanya sakit kepala tapi masak macam nak buat party nie kenapa” perli Azie apabila melihat Ain memasak kesemua hidangan tersebut.




 “Aku dah sihatlah…aku masak nie pun untuk engkau jugak nak makan” balas Ain yang berwajah ceria pada ketika itu.

“Ermmm…sedapnya aku tengok nie semua….aku rasa macam nak makan sekarang…” Azie menarik kerusi lalu duduk.

‘Heyyy…nie untuk dinnerlah” Ain cuba menghalang Azie dari terus makan.

“Heyyy..aku tak kisah…aku lapar sekarang….aku nak makan sekaranglah…” selamba ajer Azie berkata kepada Ain

“Hissshhh dia nie…pantang tengok lauk2 macam nie…” keluh Ain yang memang dah tahu tentang perangai kawan baiknya itu macam mana.




Semasa Azie sedang mencedok nasik masuk ke atas pinggannya…dia berkata “Ain…Johan nak jumpa nko malam nie. Memandangkan engkau pun dah sihat..engkau pergilah jumpa dia…” tutur Azie lagik…

”tapi aku rasa tak payahlah …sebab apa…bila aku tengok makanan nie ya allah! Sedapnyaa….Untungnya si Johan dapat engkau…”

“Azie…kita bergossip later boleh tak…kita makan dulu…” tegas Ain yang riak wajahnya bertukar menjadi serius bila nama Johan di sebut oleh Azie.

“ Kalo iyer pun….telefonlah dia…bagitau dia…jumpa besok ker apa ker…” nasihat Azie

“kejap lagiklah aku telefon…” Ain cuba memberikan alasan.

Azie tidak habis memuji masakan Ain dan tiba2 dia bersuara..

”Eh…yang engkau buat semua nie kenapa…ada tersirat ker…or engkau dah nazar..ker…?

 Ain memarahi Azie supaya diam bila tengah makan kerana Ain memberitahu “ emak aku cakap…makan tak baik bercakap…makan”

 

 Azie hanya mampu mencebik mulut tanda protes terhadap apa yang perkatakan oleh kawan baiknya itu.

Ain juga bertanya kepada Azie dah baca Bismillah ker belum?

“Dah lah…baca dalam hati….tak kan nak baca kuat depan korang semua…” balas Azie yang seakan merajuk Ain bagitau yang Azie nie macam budak tadika jer.





Ain sukar untuk melelapkan mata memikirkan janjinya kepada Johan untuk berjumpa dengannya. Inikah yang aku nak…sampai bila aku nak berpura-pura Aku boleh tipu orang lain….tapi bukan diri aku sendiri…
 


“Apa pulak alasan aku nak bagi kat Johan nie….”  rintih Ain cuba mencari idea untuk mengelak daripa keluar berdua dengan Johan.


 “Macam mana aku nak berdepan dengan dia yer….”Ain cuba menghembuskan nafasnya perlahan2.



Kak Zah mengusik Am….”Kak Zah dengar…dating dengan Ain kat sana…seronok ekk…”




“Seronok apa benda…balik Malaysia sama jugak..tak ada apa-apa perubahan “ jelas Am kepada kakaknya. “
 
"Am apasal datang…selalunya bz…” Kak Zah yang tiba2 merasa pelik melihat Am berkunjung ke rumah.

“Si Erin tu….”jawap Am pendek sambil diikuti tawa oleh Kak Zah.

“kak Zah dah tahulah yer….pleaselah…Am dah malas nak mengadap mukanya…” soal Am pula.



 
“Buat ajerlah…” pujuk Kak Zah

“Am bukan budak kecik lagik Kak Zah…alasan tu…” luah Am

“Trust me Am…mungkin pada Am yer…tapi pada kaum Hawa…tu satu penghargaan tau…” nasihat Kak Zah kepada Am



‘Ellehhh…menda kecik macam tu…” balas am

“errmmm…. tapi Kak Zah rasa apa yang Mama plan tu….macam “ tiba2 Kak Zah tak jadik nak meneruskan ayat2nya yang terakhir.

“mama yang plan?” soal Am dengan muka yang terkejut

 “Errrr..Kak Zah pun baru tahu….tadi mama bagitahu…” Kak Zah cuba nak cover line tentang percakapannya sebentar tadi.

“Am…aprreciatelah apa yang Mama buat tu…Mama cuba nak satukan Am dan Ain balik…itu ajer…” pujuk Am untuk meredakan marah Am kepada Mamanya.

“Am dah tak kuasa lagi nak layan dia…lantaklah…kalo tak suka biarlah…ramai lagi perempuan kat luar tu…tak heranlah….” Am melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya pada Kak Zah

 

Mama datang dan bertanya “siapa perempuan tu….Dee?”



“Salah Am jugak….sekarang nie Mama nak Am pujuk Hawa…biar lembut hati dia…untuk Mama…” Mama cuba memujuk Am supaya memenangi hati Ain lagik.

Am hanya diam membisu.

Azie yang baru balik dari kerja terus duduk di atas sofa untuk merehatkan badannya sebelum di sapa oleh Ain yang sedang menuruni tangga…

”Azie….” sapa Ain dengan mesra dan ceria ajer.

“Eh…engkau dah tak pergi mana2 kan…”tanya Ain kepada Azie.


Azie terus menggelengkan kepalanya. Ain mengambil tempat di sebelah Azie lalu mengurut kaki Azie. “Dah tak pergi dah…dah tak keluar dah….?” Tanya Ain kembali. Azie tetap dengan reaksi yang sama…menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Ini cerita dia…sedap yer..” sambil mengurut2 kaki Azie.




“Malam nie..kan sepatutnya aku keluar dengan Johan…tapi aku tak dapat keluar dengannya.” Tutur Ain lembut



Tiba2 Azie terkejut…Azie juga cuba menjelaskan kepada Ain bahawa dia betul ker tak betul untuk bagi dia keluar bersama Johan. Ain tetap dengan keputusannya.




Azie bertanya lagi kepada Ain..apa masalah Ain yang sebenarnya…dan kenapa dia tidak boleh keluar dengan Johan.

Ain memberikan alasan bahawa semalam dia cuti…so hari nie dia kena menyemak kertas peperiksaan student dia. Azie menyatakan perasaan kesian kepada Johan.



 Akhirnya...Azie bersetuju dengan cadangan Ain. Terus ajer Ain berkata bahawa Azie nie kawan dia dunia dan akhirat.

"Chop..chop..si Johan nie tahu ker tak?" soal Azie inginkan kepastian. Tiba2 lidah Ain terasa kelu.




 

2 comments:

Siv said...

salam..hehehe lame tak jenguk blog akak.. sibuk sangat. rindu nak bace tentang Adam dan Hawa. menyampah betul biler tengok johan. tatau naper. pe2hal pun jenguklah blog saya yang tak seberapa tuh. budak baru nak belajar

Nurul a.k.a Riko said...

Aishah Salehudin...

Wsalam....beskan watak Am & Ain nie...mmg bagus gandingan derang berdua nie.

Samerlah dengan ahkak...tak suka dengan watak Johan nie...may be ahkak nie sedikit bias sikit..cz ahkak tak suka Johan nie...boleh pulak dia couple dengan Azie tanpa pengetahuan Ain...tu yang kurrrenggg dengan Johan nie.

Ahkak dah singgah kat blog Aishah..siap kasik comment. Happy blogging 'k.