Tuesday, October 02, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 21 (part 2)

Suasana di ruang tamu agak tegang apabila mak bertanyakan pasal hubungannya dengan Johan.

 

"maknanya...bila Ain bekerja di sana nanti...kena duduk dengan Azie lah" soal mak kepada Ain.

Ain mengiyakan perancangannya utk duduk bersama Azie kepada mak.

Mak bertanya pasal perhubungan Ain dengan Johan adakah di ketahui oleh Azie. Ain memberitahu bahawa Azie tahu.  Ain menjelaskan kepada emaknya semasa di Australia...mereka berdua banyak membantunya di sana.

"sejauh mana hubungan Ain dengan dia" mak bertanya lagik untuk kepastian.

"macam kawan baiklah....Ain selesa berkawan dengan dia...sebab dia banyak bagi semangat kepada Ain...dan dia jugak tidak pernah amik kesempatan terhadap Ain" jawap Ain cuba memberikan jawapan yg positive terhadap pertanyaan emaknya.

"dia tahu status Ain?" soal mak lagik...agak keras sedikit suara mak ketika ini.

"tahu..." Ain anggukkan kepalanya.

"mesti hubungan Ain dengan Johan tu ada rasa istimewa pada Ain kan" emak cuba memerangkap Ain pada saat itu.

"sampaikan Ain tidak memberikan peluang kepada Am dan kepada diri Ain sendiri. Cuba pulihkan keadaan Ain. Mengapa Ain....? Mengapa Ain tak nak mencuba..." soal mak lagik dengan nada marah.


 

"Mak tak suka Ain rapat sangat dengan Johan tu...dan mak harap Johan tu tahu kedudukan Ain... tahu batas diri" tegas Mak lagik.




Handphone Ain berdering di ruang tamu.  Mak melaung nama Ain untuk memberitahu handphone dia berbunyi..."Ain telefon nie..."

Emak mengambil handphone Ain...dan tertera nama Johan di skrin hanpdhone...lalu memberinya kepada Ain. Wajah Ain tersenyum bila nampak nama Johan.


"Jangan ikutkan perasaan tu..Tuhan tu tahu apa yg terbaik utk kita.  Jangan kufur nikmat...nanti Tuhan tarik balik semuanya" nasihat emak kepada Ain.

Ain terpinga2 bila di nasihati emaknya.




Ain merasa resah dan beribu persoalan menghantuinya pada ketika itu..tiba2 Ain dikejutkan dengan bunyi text masuk ke dalam hanphonenya...



Ain membaca text yg dikirim oleh Johan kepadanya

"kita yang pilih jalan kita....derita atau bahagia...tak ada masalah yg tak boleh di selesaikan...I minta maaf kalo I ada buat salah.  Selamat malam Ain"


Hati Ain makin bertambah bercelaru selepas tu....di letak kan kembali handphone ke tempat asalnya.


Ain tersenyum sambil memegang diari hijau yg di ambil dari laci



Ehem...ehem...baca kisah lama ker....rindu kat Am ker?..Opsssss


*sampai sini dulu yer...esok ahkak sambung*



8 comments:

Cho Zila said...

keras gak hati si ain tu yerk... kalau akak tengok am pakai baju pilottu cair dah hati...

esiana said...

masa baca novel dulu..mmg geram sgt2 kt Ain yg keras hati tu..tp sikap mcm tu la jadikan kita nk tahu apa selanjutnya..kesabaran Am tu sgt2 romantik

Anonymous said...

Sambungan part 3 bila nak update? X sabar. Ty

Rinna said...

Wahh kelas laa cara penyampaian.. seronok plak bila baca.. :)

Nurul a.k.a Riko said...

Cho Zila...

ha'a...ater nyer yer...keras hati Ain nie.

Rasanya...Ain nie sedih sebab Am tak menjenguk dia ke kampung apatah lagik menelefon dia slps peristiwa tangkap khalwat tu kut..hehehe.

Alaaa....Ain nie sebenarnya syg kat Am...kalo tak..naper dia bawak Cik Ted gi Australia...siap boleh sembang2 lagik dengan cik ted tu kan..

Nurul a.k.a Riko said...

esiana...

ha'a betul tu. Ahkak pun masa baca novel tu..rasa geram gak kat Ain..degilnya dia..tapi degil2 dia..ada kelembutan jugak.

yes...Am mmg sangat romantik..suka masa dia tolong Ain masa kereta Ain rosak (read: dlm novel).

Nurul a.k.a Riko said...

Cik Anon manis...

Maaf, hari nie sibuk sangat. Baru jer update petang tadi.

semoga terhibur...

Nurul a.k.a Riko said...

Rinna...

Biasa jer penyampaian cerita saya nie. Ahkak suka dengan watak Ain nie..mmg suka dgn skrip dlm drama hebat nie.

Thanks cz Rinna enjoy baca citer Adam & Hawa kt blog ahkak dengan cara ahkak yg biasa2 jer ...tak sabar pulak nak tunggu episode ke 22 nie hehehe.