Wednesday, October 10, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 26 (part 3)

Azie bertemu dengan Am di ruang lobby hotel secara kebetulan semasa menunggu Abang Mail dan Kak Timah untuk tawaf kidai (shopping beli barang) .

 " Assallamualaikum"...Azie memberi salam

" Waalaikumussalam" balas Am yang duduk termenung sambil handphone berada kemas di tangan.

"Buat apa duduk sini sorang2..."tanya Azie lagik



" Ntah....Sajer..duduk rilek2.." Am cuba menyembunyikan perkara yang sebenar (read: Am tengah berkira2 nak call Ain time nie...)


Tiba2...Abang Mail dan Kak Timah datang menghampiri mereka berdua.  Abang Mail menyampuk sambil berkata  " elok sangatlah tu...dah ada orang tukang teman...derang nie nak gi shopping...bolehlah temankan Abang Mail....marilah...."


" Saya...shopping...kuranglah bang" sahut Am yang cuba menolak pelawaan Abang Mail secara baik.


 

 " Jom lah Am...nanti abang mail kau nie ajak kami balik cepat pulak..." sampuk Kak Timah yang cuba memujuk Am mengikuti mereka.

 " Jomlah Am...temannkan kita ...Am" Azie mmg beria2 nak Am join derang untuk gi shopping nie.

Kak Timah bertanya di manakah Ain...adakah dia sedang tidur di hotel penginapan.

Azie memberi penjelasan bahawa .."itulah dia...dia sendiri pun tak tahu...mungkin Ain penat sangat ataupun perut dia meragam..." di iringi ketawa di akhiri perbualannya dengan Kak Timah.


 

" Marilah...Am...sekali..." ajak Abang Mail bersungguh2.  Akhirnya...Am mengikuti mereka untuk tawaf kidai...


 Azie balik dari shopping...semasa nie..Ain tengah tidur.


"Ain...aku ganggu nko tidur yerkk..." bisik Azie yang rasa serba salah mengejutkan kawan baiknya itu.


Ain yang terjaga dari lena...bertanya kepada Azie...pukul berapa sekarang nie.  Azie memberitahu sudah pukul 1 pagi...Kelakar gak...bila Azie menyuruh Ain tidur balik sambil membuat isyarat suruh diam hehhehe.

" Eh...aku tak dengar phone ringing ker?...or memang dia tak call..." hati Ain tertanya2 mengapa Am tidak menghubunginya seperti yg di janjikan oleh Am kepadanya sebelum nie.


Bila melihat kelibat Ain yang sudah terjaga....Azie kelihatan tidak sabar untuk menceritakan apa yang berlaku semasa mereka pergi tawaf kidai.



" hei....aku nak citer.....tadi...Am join kitorang gi shopping" ceria sungguh Azie menceritakan perasaan gembiranya bila Am turut serta pergi bershopping bersama mereka malam tu.

" Ha!?" Ain terpinga2 seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar pada ketika itu.



" tadi aku turun lift pergi lobby...then aku nampak dia sorang2 kat situ....aku tengok dia macam orang baru tinggal dengan mak we jer...dah tu Abang Mail datang....jadik kita ajaklah dia ikut kita pergi shopping...lepas tu dia ikut....." jelas Azie dengan panjang lebar lagi.

Azie juga memberitahu kepada Ain bahawa Am boleh tahan jugaklah berborak dengan Abang Mail... Bukanlah seorang yg pendiam seperti yg dia sangkakan.  Am berborak dengan Abang Mail membuatkan hati Azie ingin mengenali dengan lebih dekat.

" Hei....Kalo aku tackle dia...nko rasa dia nak tak?" selamba jer Azie bertanya tentang patutkah dia memulakan langah untuk mengorat Am membuatkan mata Ain bulat bila mendengar pengakuan jujur kawan baiknya itu.



"Tulah alasan dia sebab itu tak call aku.  Dia yang nak berbincang..aku sanggup tunggu call sampai tertidur tidur......dia seronok2 pergi shopping. Eeeiii...geramnya aku.  Dia biar aku tunggu macam aku nie orang bodohlah" Ain merasa geram kerana Am tidak menghubunginya.


Azie juga mengajak Ain untuk pergi umrah bersama Abang Mail dan Kak Timah selepas solat subuh esok.  Lantas...Azie menyuruhnya tidur semula kerana mereka perlu bangun awal untuk esok pula.



Ain tidak dapat melelapkan mata...bila melihat telefon di sebelahnya...dia cuba mengalihkan tumpuannya dengan berbaring membelakangi telefon tersebut.


Ain merasa sukar untuk melelapkan mata kerana geram dengan Am pada ketika itu.



Ain merasa gelisah dan sukar tidur lalu mengambil keputusan untuk berjalan2 ke luar bagi meredakan perasaannya yang tidak tertram ketika itu.  (read: Ain tengah jiwa kacau hehhehe)


Ain terngiang-ngiang pesanan emaknya...sebelum dia berangkat mengerjakan umrah...ke sini dulu.




"Ain cuba berdoa nanti di depan kaabah...minta di tunjukkan ke jalan yang benar...menjadi Ain yang sebenar-benarnya...nanti Ain mintak doa yang baik2...yang elok2 ....jangan mintak yang buruk2...minta di lembutkan hati tu supaya boleh menerima Am semula..." nasihat emaknya membuatkan hati Ain di hantui perasaan serba salah.


Ain sedang menuju ke masjid untuk menunaiklan solat subuh



Tiba2...Am datang muncul dengan memberikan salam...."Assallamualaikum..."



Ain menoleh dua kali ke wajah Am...kerana tidak menyangka akan di pertemukan sekali lagi dengan Am.  Bisik hati Ain..." Am lagik...kenapa mesti lelaki ini Ya Allah..tunjukkan kepada aku..."


Ain mengeluh....sambil berkata2 dlm hati..."kenapa semua nie kebetulan....ataupun nie ketentuan dari Tuhan...adakah aku kufur dengan nikmatNya...Ya Allah"

Am bertanya kepada Ain...dia nak solat ker...lantas memintak kebenaran dari Ain untuk solat bersama2 dengannya.



Ain tunduk...tanda setuju untuk solat bersama2 dengan Am.  Agaknya hatinya telah lembut untuk menerima Am di dalam hatinya.




Dan buat pertama kalinya...jiwa aku berasa begitu dekat dengan Am. Aku terasa di lindungi dan di kasihi. Aku terasa di lindungi dan di sayangi....itu ker perasaan yang sama daripada Am dengan aku selama nie...ikhlas ker Am terhadap aku?  bisik hati Ain....buat pertama kalinya hatinya senang menerima kehadiran Am disisinya.



0 comments: