Saturday, October 06, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 24 (part 3)

Am balik semula ke bilik penginapan selepas dia berjumpa dengan Ain.  Mamanya risau kenapa Am lambat balik.


Am okey....Am? soal Mama yang risau dengan perubahan wajah Am yg kelihatan agak sedih


Am not okey Ma....luah Am perlahan dan lemah kepada mama


Mama ada rahsiakn sesuatu dari Am tak? Mungkin ada benda yg Mama lupa nak bagitau Am ker or mama lupa nak cakap....

"Kenapa nie Am?"...risau Mama lagik....

"Am berjumpa dengan Hawa tadi" ringkas jer jawapan Am....Jawapan itu memberikan satu berita gembira untuk Mama kerana Tuhan telah makbulkan doa Mama selama nie.



 "Sebenarnya....emak Hawa ada beritahu Mama yg Hawa nak buat umrah.  Mama nak sangat2...Am berjumpa dengan Hawa tapi Mama tak tahu nak buat macam mana....dan Mama harapkan Am pun sampai sekarang ..Am mcm tak berani nak berhadapan dengan Hawa."...

 

 "You should told me earlier Ma.....Mama sepatutnya bagitau Am...bercakap dgn Am..." ..luah Am yg tidak berpuas hati bila Mamanya merahsiakan apa yg mama tahu darinya...

"Kenapa....dia masih marahkan Am lagik...." Mama mintak kepastian dari Am

 

 Am....Am masih sayangkan Hawa? soal Mama lagik


 

"Mama tengok... ....Am cuba nak lupakan Ain....tapi Am tak boleh Mama.  Susah payah untuk Am melupakan Ain.  Ain dah sebahagian dari hati dan jiwa Am.  Am dah tak kisah...kalo benci dia setinggi gunung ....Am tetap sayangkan dia...dan Am tak boleh lupakan dia....Am selalu ingatkan dia. 

 "Am...berdoalah Am...."pujuk Mama



 " Dah banyak kali Ma....Am doa..." ujar Am yang merasa sebak di dada...cuba menahan air matanya dari tumpah...


 Mama menasihati Am lagik...."  Bedoalah seikhlas...ihklasnya...Insyaallah...Tuhan akan makbulkan...lebih2 lagi di tanah suci...di tempah ihram ...Allah maha mengetahui...



 Selepas pertemuan yang tidak di sangka antara Ain dan Am....Ain duduk termenung.



 Rasanya....nyawa bagaikan di ragut setelah sekian lama aku dan dia membawa haluan sendiri.  Di celah2 ribuan umat manusia...memenuhi ruang masjidil Haram....Am adalah salah sorang daripadanya.  Allah mempertemukan kami kembali...apakah ini punca sebenarnya mengapa jiwa aku di landa gelisah sebelum ke sini. dan jugak petanda di Jabal Rahmah? Air matanya mengalir....dan tiba2 di kejutkan dengan deringan telefon di kamarnya.


Ain cuba untuk mengumpulkan kembali kekuatan untuk menjawap panggilan telefon....


 

 "Assallamulaikum.." Ain memberikan salam

"Mama.....Hawa nie...Hawa cakap.  Mama apa khabar? ...Mama kat mana?  Dah lama Hawa tak dengar khabar dari Mama.  Alhamdulillah...Hawa sihat....Mama nak jumpa Hawa?......

Ada scene menunjukkan yg Ain di dalam perjalanan ke lift untuk berjumpa dengan Mama.  Di dalam lif.....berbagai persoalan menghantui Ain.



Aku ker yang perlu mengubah pendirian aku dan memberikan laluan kepada Takdir?




Dari jauh Ain dapat melihat Mama yang sabar menunggu kedatangannya...tiba2 Ain ingin berpatah balik...namun Am ada di belakangnya dan menghalang Ain untuk meninggalkan tempat itu.


 

"Ain...mama kat situ jer...jumpalah kejap" pujuk Am lembut kepadanya


 to be continued in episode 25...monday depan.  Sabar yer....



4 comments:

Anonymous said...

tak sabarrr!

Nur a.k.a admansyah said...

keras hati sungguh dak AIN nie!

cempaka@rohani said...

ahkak, episod ni 3-4 kali repeat pun saya tgk sbb suka tgk am terkulat2 nak memulakan perbualan dgn ain, suka gak tgk ain dan am curi2 pandang sampai terlannggar tiang.. sebak bila tgk luahan am pada mama.. sampai baca review ahkak ni pun sebak gak.. aisehmeng...

Nurul a.k.a Riko said...

cempaka@rohani...

Samerlah...Kak Nurul pun suka pada episode nie sebab acting NN & AA mmg superb! Terbaik yang pernah pernah ahkak tengok.

Sebab itu..abadikan dalam blog nie...hari2 kak nurul boleh baca balik.

Lagik satukan...Ain menangis mmg real..sampaikan Kak Nurul pun terikut menangis sama...kalo kat Hollywood...dah lah menang Oscar dah.