Friday, October 05, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 24 (part 1 & part 2)

Selepas Ain berdoa di Jabal Rahmah....Ain dapat melihat Adam Mukhriz yang sedang berdoa...dan tiba2 jer hilang dari pandangannya. Ain tergamam dengan keajaiban yang berlaku di hadapannya membuatkan dia di hantui beribu2 perasaan yg sukar di gambarkan.

Tiba2 Azie datang memanggil namanya...."Ainsss" .....



"tadi...tadi...aku nampak..." tapi Ain tak mampu menyebut nama Am di hadapan Azie pada ketika itu..

 

" tadi nko nampak apa?" soal Azie berkali2 kepada Ain...tapi Ain tak mampu berkata2...then Azie mengajak Ain supaya lekas takut tertinggal pulak kerana selepas ini mereka akan ke kota Mekah 


Sejuk mata memandang....



 
Alhamdulillah kita dah sampai...kata Ain kepada Azie...ke Kota Mekah


Alhamdulillah...Ain & Azie telah sampai di Tanah Suci Mekah. Sayu jer dan keinginan nak pegi ke sana...membuak2 pula...(read: insyaallah...kalo ada rezeki...akan ke sana ahkak bersama anak2 ahkak nanti.)

Dengan nama Allah serta selawat serta salam ke atas nabi junjungan Rasulullah...Ya Allah...bukalah  untukku pintu rahmat mu.



Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar...Ya Allah...engkau adalah penyelamat hamba2mu dari kebinasaan...daripada engkau pula keselamatan diharapkan.....maka kekalkanlah kami dari keselamatan. Amin..Amin..yarabbalamin..itulah doa Ain semasa dia mengelilingi kaabah. 




Buat kali kedua Ain mengerjakan umrah...dan perasaannya...merasa cemas tetapi teruja. Di sini aku melihat pelbagai warna kulit dari seluruh dunia datang menyembah Tuhan yg satu. Mereka doa apa yg aku doa. Menginsafi diri spt mana yg aku rasakan saat ni. Menyerah diri kepada yg Esa. Ya Allah...kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akirat dan jauh kan kami dari seksaan api neraka. Aku bermohon pada mu Ya Allah...terimalah amalan dan doa aku Ya Allah.



Ya Allah..bersihkanlah hati kami daripada semua sifat yang dapat menjauhi kami dari mencintai engkau.  Terangilah hati aku dengan ilmu...kerjakanlah badan aku dari mentaati engkau. Ya Allah Ya Tuhan kami..sesungguhnya kami beriman...maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami dari seksaan neraka.



Semasa di bilik penginapan hotel...Azie terbatuk2 semasa Ain sedang siap untuk ke masjid. Agaknya tidah sihatlah tu.  



"Engkau tak payah pergilah kalo macam nie..." Ain menasihati Azie supaya duduk di hotel kerana kesihatannya yg tidak mengizinkan.


"Tapi...tak kan aku nak biarkan engkau pergi sorang2..bahaya." jawap Azie lemah.

" Tak per...kat luar tu kan terang lagik...sekarang nie ramai pulak orang..enkau tak perlu risau.Tuhan...akan sentiasa bersama aku" balas Ain untuk menyakinkan Azie bahawa dia boleh pergi sorang2 ke masjid.

Azie terpaksa mengalah dengan kemahuan Ain disebabkan keadaan kesihatannya yg tidak mengizinkan dia untuk pergi bersama dengan Ain ke masjid.





Di dalam masjid, Ain tidak putus2 berdoa.   Sayup-sayup kelihataan kaabah di depan matanya.  Alangkah sejuknya mata memandang. Maha suci Allah. Di sana juga..Ain juga kelihatan mengaji Al-Quran.












Terdapat scene Ain tengah bersembang2 dengan Abang Mail (read: mahram tumpang Ain) bersama isterinya Kak Timah.  Ain memberitahu tentang keadaan diri Azie yang tidak berapa sihat. Ain menolak secara baik apabila Kak Timah mengajak Ain pergi tawaf kedai...(read: shopping..shopping utk membeli barang). Ain juga memberitahu kepada Kak Timah...kalo mereka tidak berjumpa selepas Ain selesai solat...jumpa semula di hotel penginapan.




Abang Mail sempat memesan kepada Ain.."jangan melencong...awak tu anak dara"








Selepas solat, Ain tercari2 di mana dia meletakkan kasutnya sebelum dia melangkah masuk ke masjid tadi.  Ya Allah...manalah pulak kasut aku tadi...tangan Ain sibuk mencari2 kasutnya..manakala matanya meliar mencari kasut di mana tempatnya...Owwhhh..! Kat sini rupanya bisik hati Ain...lalu terus menggapai kasutnya di bawah kasut seorang hambah Allah...yang juga secara kebetulan mengambil kasutnya di tempat yang sama dengan kasut Ain.







Subhanallah...itulah...jodoh untuk berjumpa antara mereka bertemu juga akhirnya....Alhamdulillah...doa seorang hambaNya di perkenankan oleh Allah yang maha esa.




Am? Mereka saling berpandangan...mata bertemu mata...terubat rindu di hati masing2.





Am dan Ain berjalan beriringan menuju ke hotel penginapan.




"Ain buat apa datang sini" soal Am yang agak gugup ketika berjalan beriringan dengan Ain.

"Buat apa lagik?" Ain di lihat macam tidak berminat nak menjawap pertanyaan Am. 

"Bila Ain sampai ?" Am cuba menukar topik perbualan untuk memancing hati Ain supaya dapat bersembang dengannya.

"Kelmarin" jawap Ain pendek.

" Am dah 4 hari " Am ingin memberitahu Ain yg dia dah berada lama di kota Mekah sebelum Ain sampai lagik dia dah ada kat situ.

"Ain duduk kat mana"? soal Am lagik


Ain tidak menjawap sekadar menunjukkan dengan jari telunjuk ke arah bangunan hotel di hadapan mereka.

Kebetulan..Am pun tinggal di hotel penginapan yg sama...di tingkat 6.  Wajah Ain terukir perasaan macam marah2 sayang pun ada pasa saat itu.

 Rasa janggal yang mula menguasi diri Ain...akhirnya dia mengalah untuk meminta diri daripada Am.

"Ain mintak diri dulu...Ain nak kena balik...." Ain cuba beri alasan untuk mengelak dari berjalan bersama dengan Am.

"Am pun nak balik....kita jalan sama2 boleh" pujuk Am cuba untuk melembutkan hati Ain


" Dah berapa kali buat umrah" Am cuba jadik peramah....kalo boleh dia ingin bersembang lama dengan Ain.

"dua" jawap Ain pendek.

"Ain datang sorang jer ker?" soal Am..

"Ain datang dengan kawan Ain..." jawap Ain cuba mententramkan hatinya yang cukup gementar pada ketika itu.


"Oh...mana dia..." mata Am mencari2 kelibat kawan Ain...mana tahu dia berada di situ...

" Dia kat bilik...dia tak sihat" balas Ain

"Ain tak bawak mahram ker" tanya Am seolah ingin menggambarkan bahawa dia caring dengan Ain nie...cuma Ain nie jer yang masih jual mahal.

"Ain tumpang mahram orang.." jujur Ain lagik

"kenapa nak tumpang mahram orang...kenapa tak bawak..."

Belum habis Am meneruskan percakapanya...tiba2 Ain bertanya kepada Am "salah ker tumpang mahram orang"

"tak salah..." jawap Am lagik...seoalah hilang punca untuk menanya soalan yg seterusnya.

Kali nie turn Ain pulak bertanya kepada Am...

" Am datang dengan siapa?" soal Ain yang mula ingin tahu pasal Am....

"Am datang dengan mama" balas Am

" Mama jer....tak bawak isteri? Boleh kenalkan kepada Ain" perli Ain untuk membuat Am sakit hati dengan soalannya lagik...

"Boleh...tanyalah diri sendiri kalo nak kenal isteri Am...perangai sama ajer kan ...tak pernah berubah..." kali nie giliran Am pulak untuk mengusik Ain dengan ayatnya.

"Mama mana?" soal Ain yg agak excited 

"Dia ada di dalam bilik" jawap Am

"Dia tidak ikut Am sekali pergi masjid" kali nie Ain merasa agak selesa sedikit untuk b"ertanya pasal mama terhadap Am

"Dia penat...kurang sihat" Am memberi penjelasan kepada Ain




* Scene seterusnya...mereka jalan beriringan ke hotel...tapi semasa dlm perjalan sampai ke destinasi yg di tuju....masing2 diam seribu bahasa...sorang pandang tempat lain...dan sorang lagi macam nak curi2 pandang...nampak cute pulak..hehehehe....entah apalah yang mereka berdua pikirkan time nie kan...*




Semasa mereka berdua sampai ke hotel...Am mempelawa Ain untuk turut serta makan bersama2 dengannya.

" Bau macam sedap nie...tak lapar ker" Am cuba pelawa Ain untuk join dia sama makan malam


"Ain tunggu kawan Ain...kita berdua nak makan sekali..." Ain menolak secara baik...

"Pukul berapa dia nak turun...kita makan sama2 boleh..." pandai Am cuba memancing hati Ain

"Tak per lah...tak payah tunggulah" Ain tetap dengan keputusannya...

Tidak mahu mengalah dengan kedegilan Ain.....tiba2 Am bersuara...."Kalo mama tahu Ain kat sini...mesti"

Belum sempat Am menghabiskan ayatnya...Ain memotong dengan berkata ' Am tak paham ker" (read: wow sacasticnya...Ain...Ain...)

"Faham...cuma Am tak faham...kenapa Ain susah sangat nak makan bersama Am.  Makan ajer Ain...kalo tak boleh makan berdua-duaan...ajaklah  kawan Ain sekali....." pujuk Am minta Ain pertimbangkan permintaannya pada malam itu...

"Am makanlah dulu....nanti Ain tanyalah kawan Ain jika dia nak makan .kalo dia tak nak...Ain pun tak turun: balas Ain sebelum berlalu pergi meninggalkan Am yg penuh dengan pengharapan.

"Ya Allah...engkau berilah kawan dia nak makan..." doa spontan Am

Selepas keluar dari pintu lift....Ain di bayangi oleh peristiwa yang berlaku sekejap tadi...Ain merasa sukar untuk bernapas.


(part 3 to be continued ...esok.  Thanks for waiting)

 

5 comments:

Lulu Amani said...

Buat assignment sampai lewat mlm...
malam ke?...dah dinihari dah ni
hehehe..
b4 tido sepat lagik bukak blog ni...
thanks sbb update..
(^_^)

Nurul a.k.a Riko said...

Lulu Amani...

Hehhee...ahkak dah nak tido dah nie...tengok dah kul 2 pagi hehee...esok ahkak keja..tp selagi tak posting...rasa mcm tak besh pulak nak tido hehehe...kronik dah ahkak nie.

*ahkak cuba buat part 1 & part 2 untuk satu entry...*

Lulu Amani said...

ahkak...xpe lmbt post...as long as kitaorg dpt feel tgk cita Adam dan Hawa melalui cara penceritaan ahkak..hehehe..
saje je bukak blog ahkak smlm...
nak ambik mood b4 tido..hehehe..
thanks...

Cho Zila said...

ha.. semalam tak consentrate baca.. macam2 nak dibuat.. tapi tengok tak berapa nak dengarjer butir2 percakapan .. thanks ler der blog ni..

ZIRAHNAMIA said...

Jom download Adam & Hawa Episode 24 Mediafire Link

Part 1 - http://adf.ly/DURjF
Part 2 - http://adf.ly/DURlx
Part 3 - http://adf.ly/DURn8

PASSWORD : i-komik.blogspot.com