Sunday, October 14, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 27 (part 2)

Adam tercari2 di manakah Mamanya dan Ain sekembalinya daripada berjumpa dengan money changer.
 
 
 Risau Am...bila kelibat Mama & Ain tiada di situ...ke manalah mereka ni pergi?



 Agaknya Mama balik ke hotel kut?


Semasa tiba di lobby hotel, Ain baru teringat bahawa mereka sepatutnya menunggu Am dan Ain risau jika Am mencari mereka dan meminta izin Mama untuk mencari Am.




Namun...Mama mencadangkan agar mereka duduk di lobby hotel sementara menanti Am.  Bukannya apa...Mama dah ada agendanya untuk cuba memujuk hati Ain supaya dapat menerima Am dalam hatinya.




" Bukan senang Am untuk berubah tapi kalo ....dia boleh berubah dengan sendirinya...mesti ada sesuatu yang terjadi..." jelas Mama kepada Ain



Tambah Mama lagi..." lagipun...Am kawin dengan Hawa masa tu...iyerlah....bukan kerana desakan...dan kalo dia tidak mahu Hawa jadik isterinya...kenapa dia tidak berterus terang ajer dengan pak cik  Hawa...tapi kenapa Am mendiamkan diri ajer".



"Hawa tidak terpikir ker...kenapa Am buat macam tu?....Mama yakin...Hawa dan Am boleh hidup bahagia...tapi Am pernah kata dengan Mama...dia tidak akan mendesak Hawa.

 
 Ain tenang mendengar penjelasan Mama

 


"Kan elok Hawa dengan Adamnya...lagipun mmg Allah menciptakan Hawa untuk pasangan Adam" nasihat Mama buat Ain...supaya hati Ain dapat di lembutkan untuk meneruskan hubungan suami isteri di antara mereka kelak.



 Agaknyer...masa nie..hati Ain dapat menerima...nasihat Mama untuk kebaikan dirinya.


 
 Am melihat mereka dari jauh...setibanya dia ke lobby hotel.


Azie datang menghampiri mereka yang sedang enak menjamu selera..

" Amboiiii...makan...tak nampak orang langsung kan..." lalu terus menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Mama.

"Waalaikumussalam..." perli Am bila melihat Azie terus sahaja duduk tanpa memberi salam...

"Hehehe...sorry...Assallamualaikum semua" spontan Azie memberi salam selepas itu..sambil tertawa kecil.


Mama bertanya..."kenapa tak solat bersama tadi?"

Azie membalas " tu lar...sebab penat sangat....tawaf kidai...punya pasal "..

"tawaf kidai?"..soal mama lagik yang pelik dengan bahasa yang belum pernah dia dengar sebelum nie.

"shopping" terang Am kepada Mama.

Azie juga menerangkan..masa dia bangun...terasa macam dalam mimpi ajer.  Kelam kabut dia solat di masjid...itu pun sempat join utk rakaat yg kedua...itu pun sembahyang kat hujung2 jer.

Mama jugak mengajak Azie untuk makan sekali bersama mereka tetapi Azie menolak dengan cara baik kerana dia sudah makan bersama jemaah yg lain.



 " tak per mak cik..saya dah makan tadi dengan jemaah2 yg lain...tak lapar sangat...jemput makan...jemput makan..." balas Azie apabila Mama mempelawa dia untuk makan bersama2 mereka bertiga.




" Azie mana?..." soal Kak Timah kerana melihat Ain datang seorang di lobby hotel

" Azie ada kat atas lagik...tengah bersiap" terang Ain

Kak Timah menyuruh Ain supaya tunggu kat sini sementara Kak Timah mencari Abang Mail sebab Abang Mail tak turun2 lagik.



"Assallamulaikum..." Am memberi salam kepada Ain

" Waalaikumussalam" balas Ain...yang sedikit terkejut bila melihat kehadiran Am di situ.

 "Am minta maaf pasal semalam" kesal Am terhadap dirinya sendiri tentang janjinya untuk menelefon Ain...tetapi tidak dikotakan janjinya itu.

" Seronok ker pergi shopping malam tadi " perli Ain seakan jaleous bila mendapati Am pergi shopping dengan Azie.

" Am tak pergi shopping ..abang Mail yang paksa Am temankan dia..." jujur Am terhadap Ain.

" Am tak beli barang pun....itu yang Am terlupa nak call Ain..." Am cuba yakinkan Ain dengan penjelasannya itu.



" Ain...Ain tunggu lama ker?" soal Am yang risau jika Ain menunggu panggilan telefon darinya semalaman...

Ain diam membisu.

"I'm Sorrylah...Am tahu Am janji nak call Ain...tapi Am terlupa...okey" pujuk Am lagik

" Tak adalah...Am maner ada janji apa2 dengan Ain"...jawap Ain acuh tak acuh.

" Tapi bila kita dah balik nanti...boleh tak kalo kita jumpa..." pinta Am.  Tiba2 Ain bingkas bangun dan terus berlalu pergi.

"Ain......." teriak Am sambil mengejarnya dari belakang.



" Ain ada komitmen lainlah" Ain menolak pelawaan Am untuk berjumpa dengannya

" tapi Ain...masih isteri Am okey" tegas Am sambil mengekori Ain dari belakang.




Aku masih isteri Am? Emak pun cakap macam tu. Kenapa pulak aku nie isteri Am? Bila masa pulak kami pernah bersama" soal Ain terhadap dirinya sendiri...seolah macam ada rahsia yang cuba di sembunyikan...persoalan tentang status Ain sebagai isteri masih menghantuinya hingga kini.


"Tak semestinya nak kekalkan hubungan suami isteri...kita perlu bersama ...Ain" Am seoalah dapat membaca apa yang berlegar2 di fikiran Ain ketika itu.


Ain melihat Am dengan penuh hairan....dan kenapa dia masih isteri Am?



" dan...ada satu lagi perkara...yang perlu Ain tahu" ujar Am namun Am tidak dapat meneruskan ayatnya...kerana di potong oleh Ain.



" dah lah Am....apa lagi yang Ain perlu dengar lagi nie...tak naklah..."....rungut Ain yang sedikit marah.

sambung Ain lagik..." setahu Ain...Ain nie bukan lagik isteri Am!. So Ain boleh buat sesuka hati apa  yang Ain nak"




" Makanya...Ain dah ada orang lainlah dalam hidup Ain..." soal Am inginkan kepastian...(read: macam nak provoked Ain jer nie...)


" what do you expect?" Ain merasa begitu marah...bila di terjah soalan oleh Am

" selama nie Am memang tak ada hubungan dengan Ain...kita tak berhubung melalui telefon ker...berkirim surat ker...Am pun tak pernah nak tunjukkan yang Am tu suami Ain" jelas Ain kepada Am.

" tak kan tiba2 sekarang pulak Am nak tunjukkan perhatian Am tu..." tempelak Ain terhadap Am

" 8 tahun Am tunggu Ain...tak cukup ker....8 tahun Am tunggu Ain" Am merayu


Tegas Ain..." tapi Ain tak pernah tunggu Am!  Am kena ingat tu yer...walaupun sesaat...Ain tak pernah tunggu Am" pedihnya ayat Ain nie terhadap Am.


"may be sebab itu Ain lari macam tu jer...so Ain tak bagi Am sesaat pun nak explain...apa yang berlaku sebenarnya..." rintih Am sedih...

" Am rindukan Ain!" jujur pengakuan tentang perasaanya selama nie terhadap Ain.

Ain merasa terkejut lantas meninggalkan Am yang sedikit terpinga2 dengan situasi yang sangat menjanggalkan pada saat itu.



Am merenung jauh...selepas Ain beredar pergi.


Am sedang membelek tasbih

Mencium tasbih bewarna putih...hadiah buat sang isteri


* to be continued in part 3*


0 comments: