Tuesday, October 23, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 33 (part 3)

*ada scene Johan dengan Azie...so skip...skip...skip*

Johan nak belanja Azie makan malam...dan ahkak rasa...dah ada bunga2 percintaan kalo kita melihat dari body language mereka berdua nie.  Let the pics do the talking okey.












Semasa Am sedang membuat pembayaran di kaunter, seorang jurujual datang menghampiri Ain untuk menyuruh Ain memilih kain yang bewarna pink yang so sweet untuk dirinya.




" Akak...cuba akak tengok nie...yang nie...saya rasa yang nie memang sesuai untuk akak...cantik kak....nie yang paling terbaru..sekali..." kata jurujual kepada Ain sambil Ain membelek2 kain yang bewarna pink tersebut.

"kalo buat baju kurung kena ada lininglah kan..." Ain bertanya dengan penuh minat

"kalo buat lining...kena 4 meter.." jelas jurujual tersebut

Ain menolak dengan secara baik dan berkata lain kali sambil tersenyum kepada jurujual tersebut.


Ada scene Johan dan Azie sudah sampai ke tempat makan yang di pilih oleh Johan.

" Kenapa kita nak makan sampai ke tempat jauh macam nie sekali..." soal Azie yang merasa janggal bila Johan memandu dan membawanya untuk makan malam di situ.

"Ain tak ada...tak cukup korumlah..." luah Azie yang merasa sedikit kekok bila Ain tiada bersama mereka.


"Kita berdua okey apa....you sorang pun dah cukup " gelak Johan sambil mentertawakan Azie yang merasa lain pada malam tu.

"lets go..." pujuk Johan lagi

Semasa Johan keluar dari kereta....dia terlihat sebuah kereta yang yang dia familiar sangat....

"I macam kenal ajer kereta tu.....saper tu ha...?" soal Johan lalu pergi ke arah kereta tersebut...(read: scene nie....menimbulkan seribu persoalan kepada penonton yang sedang menonton channel 134 Mustika HD...hehehheee)

Am memandu kereta dan berhenti betul2 di hadapan pintu masuk ke bangunan tempat kerja Am.


" Okeyyyy....betul Ain betul tak nak ikut?" soal Am cuba mendapatkan kepastian dari Ain

"Am pergi kejap ker lama?" Ain cuba bertanya kepada Am

" Tak lama...dalam sixteen minutes" jelas Am kepada Ain

"Tak perlah...Ain tunggu dalam kereta ajerlah..." tutur Ain kepada Am

"You sure?" soal Am lagi

"kenapa...tak boleh tunggu dalam kereta" Ain persoalkan kenapa dia tak boleh tunggu Am dalam kereta

" bulihlah......cuma Am tak  nakAin tunggu dalam kereta sorang2..." jawap Am lembut.  Jelas menunjukkan sifatnya yang sangat caring terhadap Ain.

  " dah...Ain dah biasa sorang2" jelas Ain untuk mengurangkan kerisaun di dalam hati Am

"touching" spontan Am berkata sedemikian...dan membuatkan Ain tersenyum hambar

"locks the door" pesan Am sebelum membuka pintu kereta lalu membiarkan Ain keseorangan di dalam kereta tersebut.


Kenapa susah sangat aku nak kikis perasaan benci pada Am nie
Bila berjauhan aku rasa rindu
Bila dekat rasa nak gaduh jer
Entahlah...aku sendiri pun tak faham kenapa rasa marah kepada dia tak pernah pernah padam
Inilah orang kata..... benci tapi rindu
Kata Mama...Am dah banyak berubah kerana aku
Kerana aku jugak Am ingin kembalikan kebahagiaan yang dia pernah ragut dulu
Tapi tak semudah itu Am!


Johan berjalan laju untuk menuju ke arah kereta tersebut...dan wajah Ain sedikit cemas kerana cerminnya di ketuk oleh seseorang.

Ain membuka tali pinggang kereta dan menurunkan cermin kereta Am perlahan2.

Di hadapannya....jeng..jeng...jeng...kelihatan wajah seorang pengawal keselamatan datang untuk menyuruh Ain mengalihkan kereta ke tempat lain.

"Maaf yer cik...tak boleh parking kat sini...sila parking sebelah sana" kata abang pengawal keselamatan



" sekejap pun tak boleh ..." Ain cuba merayu supaya dibenarkan parking sekejap di situ

"tak boleh cik..." tegas abang pengawal keselamatan tersebut


 Ain memintak maaf dan terus membuka pintu dan masuk semula ke tempat duduk pemandu untuk mengalihkan kereta Am ke tempat parking yang di tunjukkan oleh abang pengawal keselamatan tadi.

Johan sangat gembira bila dapat bertemu dengan kawan lamanya Khairul. Adalah scene usik mengusik bersama Johan dengan kawannya.  Azie hanya memerhatikan Johan dan Khairul.  Johan memperkenalkan Azie kepada Khairul...dan Khairul ingatkan Azie adalah Ain yang pernah di ceritakan oleh Johan kepadanya dulu.



"Ain tak marah ker engkau dan Azie keluar" soal Khairul yang merasa pelik melihat Johan keluar bersama Azie.  Tiba2 wajah Johan bertukar menjadi kelat dan diikuti oleh Azie yang merasa pelik bila soalan itu di tanya oleh Khairul kepada mereka berdua.
 





Adam Dan Hawa - Episode 33 (part 2)


"Siapa ada kat rumah? Azie..." Am cuba memulakan perbualannya bersama Ain di dalam kereta.

Ain hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.



"Dia keluar ker?" soal Am lagik yang cuba menarik minat Ain untuk membuka mulut bersembang dengannya

Ain anggukkan kepalanya sekali lagi.


" errr...hello...Am berbual dengan kereta ker...or berbual dengan Ain yer...?" Am cuba mengetuk cermin dan memandang ke atas seakan Am tengah bercakap dengan kereta lagaknya apabila melihat reaksi Am yang macam dingin nak berbual2 denganya.

 

 "Iyer..iyer...Azie keluar...dia tak ada kat rumah" tutur Ain satu persatu

" Owhh ada suara...ohhhh....ingatkan tak ada suara....macam ada berlian dalam mulut tu...mahal sangat nak dengar" usik Am kepada Ain.




Ain hanya mampu memandang ke arah Am tanpa dapat berkata apa2.

Tiba2 handphone Am berbunyi.


Am mendapat panggilian telefon dari office tempat dia bekerja. Am bercakap dengan pemanggil itu mengenai hal kerja dan Ain mendengar dengan penuh minat.



*Scene Azie tengah menolong Johan memilih baju kerja..dan menyuruh Johan mencubanya.* (read: ahkak kureng nak update pasal scene yang ada Johan nie....)






Am masih di talian dan percakapan Am masih berkisar tentang hal kerjanya.


"tak...tak....orang yang ada training background B747 tu tak semestinya...kena ada 4000 ribu jam..yang ada 3800 ribu jam pun boleh jugak... management dah decided that way...  nak buat macam mana kan...if anything just call me okey...bye...bye... " tutur Am sebelum menamatkan perbualannya.


"Mama cakap..Am dah tak jadik pilot lagik..." tiba2 Ain berminat nak tahu perkembangan Am secara tiba2.

" Ha'a..." Am mengiyakan pertanyaan Ain

" So...Am buat apa sekarang?..." soal Ain yang dah mellow down sikit terhadap Am

"Training orang jadik pilot lah" jawap Am

"Tapi bukan Am cakap Am suka bawak kapal terbang ker...you loved to fly....you love being as a pilot...you won't give up anything  in this world kan" Ain  cuba mengingatkan kembali apa yang pernah Am beritahu kepadanya suatu ketika dulu.

"betul...dan termasuk Ain jugaklah" Am terkejut mendengar penjelasan dari Ain dan ini membutktikan..Ain is a very good listener.. lalu Am cuba menyelam sambil minum air untuk memancing hati Ain supaya lembut kepadanya.


"look...Am sayangkan Ain...lebih dari Am sayangkan kerjaya Am" luahan hati Am yang jujur memang kena pada saat nie supaya Ain tahu yang Am betul2kan sayangkan Ain...

"Orang seriuslah..." jeas Ain yang cuba untuk menyembunyikan perasaan akward pada situati yang membuatkan hati seorang wanita seperti Ain boleh cair biler dengar ayat itu dari Am.

"Ain masih ingat yer...bagus " puji Am terhadap Ain

"tapi tu dululah...tapi sekarang apa yang Am buat interesting jugak" terang Am



"tapi kenapa Am dah tak jadik pilot lagik" soal Ain dengan lembut..


" penat...kalo kita keja pilot nie..asyik terbang ke sana sini...mmg tak akan ada masa untuk anak isteri..." Am cuba memberitahu kepada Ain bahawa dia telah berubah...ingin menjadik seorang yang bertanggungjawab ..cuba jadik family man.

" iyerlah..." balas Ain pendek


Ada scene si Johan dan Azie kat shopping mall. Baju  yang di cuba Johan besarlah pulak.  Mereka berdua ketawa...sesuailah mereka berdua nie.  Tiba2...mereka berdua di sapa oleh rakan Azie yang terus mengusik mereka sebagai couple yang sesuai sangat.



Walaupun di nafikan oleh mereka berdua...namun kawan2 Azie masih cuba megusik Azie dan Johan kerana mengatakan mereka berdua ada chemistery.

Am membawa Ain ke kedai kain Jakel.

"tadi Am kenapa...ada anything wrong?" soal Ain yang dah nampak caring sikit kepada Am

" adalah problem sikit" jelas Am


" susah nak jadik pilot nie..." balas Ain yang cuba menunjuk simpati terhadap Am yang ada masalah di tempat kerja

"memang susahlah tapi...tak jugak senang...kenapa...Ain nak jadik pilot jugak ker..? usik Am  lagi kepada Ain

"tak adalah..sajer jer tanya..." jawap Ain yang merasa malu bila di tanya sebegitu oleh Am

"lepas nie..Am nak kena pergi office?" tanya Ain lagik inginkan kepastian

"Ain nak balik cepat ker?" giliran Am pula bertanya kepada Ain

Ain tersenyum tanpa berkata apa2 lalu membuka pintu kereta.




Sewaktu ingin membuat pembayaran di kaunter....Johan melihat Azie dengan satu pandangan yang nakal pun ada...nak cuba ngorat pun ada gak.


'hoii......stop it. Apasal kau pandang aku macam engkau pandang Ain nie. Hello...aku nie Azie bukannyer Ain...kalo aku korek biji mata nko tu...buta kan..." Azie cuba memberi amaran kepada Johan kerana tidak selesa di tenung sebegitu rupa oleh Johan.

 "tak....I pelik....you tak kisah ker pasal hal tadi tu...? Johan cuba ingin menyelemai perasaan Azie



" Azie tak kisah...cuma geram jer...mulut tu..eeeiiiii......mmg pening kepala aku...besok mesti kecoh satu office" gusar Azie terhadap apa yang berlaku sebentar tadi

" so nak jawap apa? " tanya Johan dengan penuh minat

" entahlah...aku tak fikir lagik....yang penting sekarang ..you pergi bayar semua nie..yang lain tu belakang citer kita fikirkan..." balas Azie dengan selamba.

" eh..bukan you nak belanja ker..." usik Johan

"ishh...tak ada maknanya..." balas Azie bila di usik oleh Johan...wahhhh makin nottik si Johan nie kan.


* insyaallah...part 3 esok yer...

 

Monday, October 22, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 33 (part 1)


"Chop...chop..Si Johan nie tahu ker tak?" soal Azie inginkan kepastian Ain diam...dan terus berkata





 " Alaa...dia tak kisahlah....lagipun dia dah biasa dengan engkau..nanti dia belanja engkau makan..." pujuk Ain kepada Azie supaya tidak timbul rasa serba salah di dalam hati Azie lagik.




"kalo dia tak kisah....laaagiiiiiii....aku lagik tak kisah..." jelas Azie 

"so bolehlah nie..." Ain bertanya sekali lagi untuk kepastian

 "ermmmm....tapi nak pergi mana?...buat apa?" tiba2 Azie bertanya dengan lebih details tentang perancangan Johan kepada Ain

" tulah...sebenarnya...si .........( read: sorry ahkak tak clear sangat dengar sebutan Ain nie...) tu nak pergi beli baju..so engkau temankan dia pergi beli baju kan...." Ain tergelak sewaktu menjawap pertanyaan Azie. Agaknya bunyi agak lucu di di fikiran Ain masa nie.


" Am...please...kali nie try ajer...untuk Mama..tak rugi apa2 pun kan" pujuk Kak Zah untuk memberikan sokongan kepada Am supaya mengajak Ain pergi membeli kain seperti mana yang di minta oleh Erin kepada abangnya. 

"kalo Allah tu permudahkan...insyaallah..." tambah Kak Zah menyakinkan cakapnya sebelum nie kepada Am.

"Insyaallah...tengoklah macam mana tu nanti..akak dah.nak balik dah ker? Mama?..." soal Am kepada Kak Zah bila dia melihat Kak Zah macam nak balik ajer. 

"Mama..dia tidor kat atas...okey yer..Assalamulaikumum..." ujar Kak Zah untuk meminta diri dulu. 



"Waalaikumussalam..." balas Am sambil melihat Kak Zah hilang dari pandangannya. 


"Laaa...kenapa tak bagitau I awal2...kan I kawan you...kan" kesal Johan apabila Ain tidak dapat menemaninya seperti yang di janjikan.



" I tahu...sepatutnya I call you dulu kan...tapi kan Johan...hari ni..I banyak sangat keja...semalam kan I cuti..." Ain cuba memberikan alasannya kepada Johan supaya Johan tidak terasa keputusannya untuk tidak keluar bersama Johan last minute.

"Johan....girlfriend you nie selalu buat kerja last2 minute macam nie...I yang jadik mangsa...." laung Azie dari dalam rumah yang masih bersiap2 pada ketika itu.

" you nie dah siap ker belum.." soal Johan

" kejap lagik..." sahut Azie lagi 

"Kalau you tak nak ...tak apa...I bagitau kat dia....tapi kesian pulak tu...dia dah siap dah" Ain cuba menyampaikan simpatinya terhadap Azie yg sudah bersiap2 untuk keluar bersama Johan..



"tapi tak beslah macam nie..." rungut Johan

"you sure nak tinggal rumah sorang2 nie..." Johan bertanya kembali kepada Ain 

" I dah biasa dah." jawap Ain yakin dengan jawapannya 



Azie datang menghampiri mereka berdua..." last called...you okey ker bile I keluar dengan Johan nie..." Azie cuba menduga hati Ain 


"setakat engkau....apalah sangat" balas Ain sambil tersenyum

Ain juga menyuruh Azie untuk senyum sebelum mereka meninggalkan Ain.

 Di dalam kereta...Johan bertanya kepada Azie...perasaan curiga di dalam dirinya terhadap Ain.




"Laaa...Johan...tak kanlah Ain tu nak bohong engkau...mestilah ada sebab" bela Azie terhadap kawan baiknya itu.

Johan menerangkan kepada Azie bahawa dia tidak pandai pilih baju ..dan Azie menerangkan kepada Johan..dia boleh jadik PA untuk sehari...dan dia tidak perlu risau kerana Azie akan membantu Johan memilih baju dan serahkan semuanya kepada Azie. Biar Azie yang settlekan segalanya dan Johan just ikut cakap dia.  Terus jer Johan kata :"yes mem!"

Am menelefon Ain di dalam kereta.





"Assallamulaikum..." Am memulakan bicaranya  dengan Ain

"Waalaikumussalam" jawap Ain di talian dengan mesra

"Hai..." balas Am pendek

"Am nak apa..." soal Ain yang merasa pelik bila Am menelefonnya di malam hari



"Am dah on the way nak ambik Ain..sekarang...so....boleh tak siap2...tak payalah nak pakai baju yang cantik2...yang simple ajer..." terang Am

"Ha?.. nie kenapa  nie...." suara Ain terkejut tapi masih ada nada kelembutan di  hujung suaranya

" Er..besok kan birthday Erin...so dia nak Am pilihkan dia baju..." Am cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada Ain sebelum percakapan Am di potong oleh Ain dengan tanggapan itu semua adalah idea Am.

" Bukanlah macam tu...tapi kalo dia masih nak Ain pilih corak dan warna dan sebagainya...nak buat macam mana kan..." akur Am dengan permintaan Erin terhadapnya

Azie bertanya kepada Johan "actually... what happen to your clothes?"

" Ain tak beritahu you ker ?" soal Johan pulak

"Tak.." jawap Azie pendek

" Sebenarnya I pun tak sangka..benda nie nak jadik kan...so kisah dia..baju2 I....emak I..basuh baju2 I sekali baju I dengan baju adik2 I....." terang Johan

"So..." Azie berminat untuk mengetahu kisah baju Johan

Terang Johan ...baju adiknya turun warna...so bila emaknya mahu sidai kain..baru mak dia sedar baju Johan semua dah betukar kepada merah.


" So maknanya...semua baju2 you tu jadik kain buruklah jawapnya..." usik Azie untuk mengenakan Johan.



Kereta Am sudah sampai di hadapan rumah Ain.

Ain keluar jugak akhirnya....pandai Am nie pujuk hati Ain untuk keluar membeli hadiah untuk Erin.



* To be continued....


 

Saturday, October 20, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 32 (part 3)


 Azie balik ke rumah dan mendapati banyaknya lauk pauk yang sedang terhidang di atas meja makan.




“Amboiiii…..katanya sakit kepala tapi masak macam nak buat party nie kenapa” perli Azie apabila melihat Ain memasak kesemua hidangan tersebut.




 “Aku dah sihatlah…aku masak nie pun untuk engkau jugak nak makan” balas Ain yang berwajah ceria pada ketika itu.

“Ermmm…sedapnya aku tengok nie semua….aku rasa macam nak makan sekarang…” Azie menarik kerusi lalu duduk.

‘Heyyy…nie untuk dinnerlah” Ain cuba menghalang Azie dari terus makan.

“Heyyy..aku tak kisah…aku lapar sekarang….aku nak makan sekaranglah…” selamba ajer Azie berkata kepada Ain

“Hissshhh dia nie…pantang tengok lauk2 macam nie…” keluh Ain yang memang dah tahu tentang perangai kawan baiknya itu macam mana.




Semasa Azie sedang mencedok nasik masuk ke atas pinggannya…dia berkata “Ain…Johan nak jumpa nko malam nie. Memandangkan engkau pun dah sihat..engkau pergilah jumpa dia…” tutur Azie lagik…

”tapi aku rasa tak payahlah …sebab apa…bila aku tengok makanan nie ya allah! Sedapnyaa….Untungnya si Johan dapat engkau…”

“Azie…kita bergossip later boleh tak…kita makan dulu…” tegas Ain yang riak wajahnya bertukar menjadi serius bila nama Johan di sebut oleh Azie.

“ Kalo iyer pun….telefonlah dia…bagitau dia…jumpa besok ker apa ker…” nasihat Azie

“kejap lagiklah aku telefon…” Ain cuba memberikan alasan.

Azie tidak habis memuji masakan Ain dan tiba2 dia bersuara..

”Eh…yang engkau buat semua nie kenapa…ada tersirat ker…or engkau dah nazar..ker…?

 Ain memarahi Azie supaya diam bila tengah makan kerana Ain memberitahu “ emak aku cakap…makan tak baik bercakap…makan”

 

 Azie hanya mampu mencebik mulut tanda protes terhadap apa yang perkatakan oleh kawan baiknya itu.

Ain juga bertanya kepada Azie dah baca Bismillah ker belum?

“Dah lah…baca dalam hati….tak kan nak baca kuat depan korang semua…” balas Azie yang seakan merajuk Ain bagitau yang Azie nie macam budak tadika jer.





Ain sukar untuk melelapkan mata memikirkan janjinya kepada Johan untuk berjumpa dengannya. Inikah yang aku nak…sampai bila aku nak berpura-pura Aku boleh tipu orang lain….tapi bukan diri aku sendiri…
 


“Apa pulak alasan aku nak bagi kat Johan nie….”  rintih Ain cuba mencari idea untuk mengelak daripa keluar berdua dengan Johan.


 “Macam mana aku nak berdepan dengan dia yer….”Ain cuba menghembuskan nafasnya perlahan2.



Kak Zah mengusik Am….”Kak Zah dengar…dating dengan Ain kat sana…seronok ekk…”




“Seronok apa benda…balik Malaysia sama jugak..tak ada apa-apa perubahan “ jelas Am kepada kakaknya. “
 
"Am apasal datang…selalunya bz…” Kak Zah yang tiba2 merasa pelik melihat Am berkunjung ke rumah.

“Si Erin tu….”jawap Am pendek sambil diikuti tawa oleh Kak Zah.

“kak Zah dah tahulah yer….pleaselah…Am dah malas nak mengadap mukanya…” soal Am pula.



 
“Buat ajerlah…” pujuk Kak Zah

“Am bukan budak kecik lagik Kak Zah…alasan tu…” luah Am

“Trust me Am…mungkin pada Am yer…tapi pada kaum Hawa…tu satu penghargaan tau…” nasihat Kak Zah kepada Am



‘Ellehhh…menda kecik macam tu…” balas am

“errmmm…. tapi Kak Zah rasa apa yang Mama plan tu….macam “ tiba2 Kak Zah tak jadik nak meneruskan ayat2nya yang terakhir.

“mama yang plan?” soal Am dengan muka yang terkejut

 “Errrr..Kak Zah pun baru tahu….tadi mama bagitahu…” Kak Zah cuba nak cover line tentang percakapannya sebentar tadi.

“Am…aprreciatelah apa yang Mama buat tu…Mama cuba nak satukan Am dan Ain balik…itu ajer…” pujuk Am untuk meredakan marah Am kepada Mamanya.

“Am dah tak kuasa lagi nak layan dia…lantaklah…kalo tak suka biarlah…ramai lagi perempuan kat luar tu…tak heranlah….” Am melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya pada Kak Zah

 

Mama datang dan bertanya “siapa perempuan tu….Dee?”



“Salah Am jugak….sekarang nie Mama nak Am pujuk Hawa…biar lembut hati dia…untuk Mama…” Mama cuba memujuk Am supaya memenangi hati Ain lagik.

Am hanya diam membisu.

Azie yang baru balik dari kerja terus duduk di atas sofa untuk merehatkan badannya sebelum di sapa oleh Ain yang sedang menuruni tangga…

”Azie….” sapa Ain dengan mesra dan ceria ajer.

“Eh…engkau dah tak pergi mana2 kan…”tanya Ain kepada Azie.


Azie terus menggelengkan kepalanya. Ain mengambil tempat di sebelah Azie lalu mengurut kaki Azie. “Dah tak pergi dah…dah tak keluar dah….?” Tanya Ain kembali. Azie tetap dengan reaksi yang sama…menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Ini cerita dia…sedap yer..” sambil mengurut2 kaki Azie.




“Malam nie..kan sepatutnya aku keluar dengan Johan…tapi aku tak dapat keluar dengannya.” Tutur Ain lembut



Tiba2 Azie terkejut…Azie juga cuba menjelaskan kepada Ain bahawa dia betul ker tak betul untuk bagi dia keluar bersama Johan. Ain tetap dengan keputusannya.




Azie bertanya lagi kepada Ain..apa masalah Ain yang sebenarnya…dan kenapa dia tidak boleh keluar dengan Johan.

Ain memberikan alasan bahawa semalam dia cuti…so hari nie dia kena menyemak kertas peperiksaan student dia. Azie menyatakan perasaan kesian kepada Johan.



 Akhirnya...Azie bersetuju dengan cadangan Ain. Terus ajer Ain berkata bahawa Azie nie kawan dia dunia dan akhirat.

"Chop..chop..si Johan nie tahu ker tak?" soal Azie inginkan kepastian. Tiba2 lidah Ain terasa kelu.