Wednesday, February 17, 2010

Speedy recovery to teacher Tiesya!

Today I di kejutkan oleh berita yg teacher Tiesya kena ragut. I'm shocked..Kakak pun terkejut gak. Sedih pun ada gak...cz she is a very nice lady. Actually ..Teacher Tiesya nie adalah owner tmpt Kakak transit b4 gi skul hari2 kat TKC. Since kakak darjah 1..sampailah dah darjah 3...kat TKC lah tmpt kakak transit after class mengaji hari2.

Awal bulan Feb yg lepas...TKC baru ajer berpindah ke tmpt baru...Tak sangka, x sampai 3 weeks kat tmpt baru...this incident happen to her. Dalam hati I..naper ada manusia yg tergamak buat menda cenggini semata2 utk dptkan duit yg x halal?

Wishing her a speedy recovery! Be strong yer teacher Tiesya! Sebelum tu..nak wish kat teacher Tiesya..Heppy 11th Anniversary...moga bahagia sampai ke akhir hayat!




Muka parah diseret peragut

BEGINILAH keadaan muka Maizura (kanan) yang cedera parah selepas diseret oleh seorang lelaki sejauh 10 meter dalam kejadian ragut di Taman Setiawangsa kelmarin berbanding sebelumnya (kiri).

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Seorang isteri sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan sebuah laptop (komputer riba kecil) bernilai RM1,500 pemberian suami biarpun cedera parah di muka hingga terpaksa menjalani pembedahan hidung apabila diseret dua lelaki yang meragutnya kelmarin.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku berhampiran sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) miliknya di Taman Setiawangsa di sini apabila mangsa yang dikenali sebagai Maizura, 36, yang baru keluar dari kereta bersama seorang pembantunya didatangi dua lelaki bersenjatakan sebilah pisau.

Selepas itu, salah seorang lelaki tersebut bertindak mengacu senjata itu pada leher pembantunya berusia 23 tahun manakala seorang lagi meragut beg tangannya yang mengandungi komputer riba jenama Hewlett Packard (HP) yang dibawanya.

Enggan menyerah kalah, Maizura yang begitu sayangkan komputer riba tersebut kerana dihadiahkan suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 pada 14 Februari lalu, bertindak melawan suspek hingga berlaku pergelutan.


credit to: Kosmo!Online



5 comments:

ceritacherita said...

Beraninya teacher tiesya ni. Nasib tak meragut nyawa. Aku pun pernah jadi mangsa ragut, jatuh mcm superman aku kat jln raya, mujur tapak tangan je yg luka.

Nasihat aku sapa2 yg didatangi org yg nak ragut, just give it je to them. tak payah lawan, barang2, duit boleh di cari, nyawa tak dpt dicari.

Nur a.k.a admansyah said...

lorr... cikgu Sofea ker? sian ekk.. sib baik selamat! bior ler org jahat amik rete dunia, akhirat sok sok... tau-lah die!

amboii... last N3 tur meroyan mak yea? hehehe.. I pun hepi tgk u hepi gittew! tapi mak cik sore nie berkenan tgk tudung mak cik tur... Ariani ker? ishh... misti ratus tur!

Nurul a.k.a Riko said...

baby...
true indeed. mcm kes teacher tiesya nie...aku rasa dia sayang sgt netbook yg hubby dia kasik tu..tu yg aku rasa..dia berusaha nk selamatkan present fm hubby dia tu...kan.

nur...
I mmg njoy malam tu..sampai terlupa yg aku nie mak budak2...oppps terlebih sudah!

u suka yer tudung tu...macih!I beli cz suka kaler pink n batu swarozky yg bling2 tuu...ecewah!teman idoklah beli kat ariani..beli dekat jln tar ajer.

LITTLE DEWA said...

ish i ingat teacher tiesya dmm ke ape ke... siannye die! ntah lah msia ni byk kes ragut x abis2... arwah my mom pon penah kene ragut, mujur she wasnt injured tp bile buat police report derang x buat ape pon...

Nurul a.k.a Riko said...

Mummy...
Polis x buat aper2 cz dah manyak sgt kes ragut cenngini kan.

Patutnyer kat sumer tmpt yg manyak crime cenngini harus kena pasang cctv...senang nk tangkap muka penyamun tu.