Sunday, October 14, 2012

Kembalilah tersenyum...Khaulah Azwar




Terasa seperti tak percaya....walaupun baru sahaja seminggu perkhabaran sedih nie ahkak terima...namun cerita nie mmg mengubah hidup adik ahkak...360 degrees...Uda yang bertugas sebagai seorang guru di Parit Perak.

Last saturday morning...6th October 2012, Uda menelefon memberitahu bahawa Azwa yang baru berusia 1 tahun 3 bulan telah disahkan menghidap Leukimia...suatu penyakit yang menjadik igaun ngeri pada setiap orang apabila mendengarnya. Air mata ahkak gugur menerima perkhabaran berita sedih tersebut...

 
 
Ya Allah! Kuatkanlah adik aku untk menerima dugaan yg berat nie...tambahan pula...anak2 adalah nyawa kepada setiap insan yang bergelar ibubapa. Uda maklumkan kepada ahkak bahawa, anaknya demam berpanjangan dan perutnya ada bengkak sedikit. Uda membawa Azwar ke private clinik untuk rawatan susulan. Doktor tak ada cakap apa2...just demam biasa. Naluri ibu yang kuat....dapat merasakan ada seolah2 yg tidak kena dengan Azwar. Kebetulan...Azwa jugak tidak membuang air besar seperti selalunya. 

 Uda pergi ke private clinic selepas beberapa hari demam anaknya tidak sembuh. Tak silap ahkak....doctor melakukan x-ray dan dari situ...doctor mengenal pasti bahawa limpa dan hati Azwa sudah bengkak. Blood test di ambil dan keputusannya darah putih melebihi darah merah. Mula2 bacaan darah putih adalah 64....dan bila kali ke-2 di ambil darah...darah putih terus melonjat naik ke 165. Azwar terus di masukkan ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan segera. 

Masa Azwar di masukkan ke hospital besar Ipoh...hati ahkak meronta2 untuk menziarah...doa di panjatkan moga Azwa kuat...dan umminya jugak kuat untuk menghadapi ujian dari Allah nie. Ahkak dan Uda saling berhubung untuk mengetahui keadaan Azwa macam mana...dan pada masa inilah...kami adik beradik perempuan...ahkak, kak la, faezah & Uda saling berhubungan antara satu sama lain. 

 
Selasa, 9th October @ 4.38 pagi ...ahkak menerima text dari Uda berbunyi:

"Assallamualaikum kak un, uda nak beritahu Alhamdulillah Uda mengandung"


Alhamdulillah...ahkak mengucapkan tahniah kerana di kurniakan rezeki sekali lagi oleh Yang Maha Esa.


Text uda masuk lagik ke handphone ahkak @ 7.48 a.m pada pagi Selasa yg lepas berbunyi:

" Insyaallah Kak Un...Uda cuba dan akan jadik ibu yang terbaik.  Cuma uda rasa macam tak bersedia dalam keadaan sekarang"


Ahkak membalas text uda pada pagi yg sama, 9th October @ 7.57 a.m:

"Tuhan tahu apa yg terbaik untuk umatNya..dan Tuhan tidak akan menduga seesorang itu di luar kemampuan hambaNya itu.  Sebab Tuhan tahu kamu mampu laluinya sebab itu Dia memberikan rezeki untuk kamu sekeluarga"


 


Rabu, 10th October ...Uda dan Azwar telah di hantar menaiki ambulans ke Institut Pediatrik, HKL untuk menjalani pembedahan CVL (untuk memasukkan tiub ke dalam injap jantung supaya bila rawatan kimoterapi di lakukan...ubat akan terus mengepam masuk ke dalam)

Ahkak mmg plan nak melawat Azwar pada hari tersebut tetapi tugas ahkak sebagai ibu yang perlu mengambil anak2 dari daycare centre menyebabkan ahkak tidak berpeluang untuk mencuri2 masa untuk pergi ke HKL. Cuma ahkak sempat membeli barangan utk Uda & Azwa di JJAU2 , Setiawangsa.

Malam rabu tu...Uda menelefon memberitahu dia muntah2 dan mengalami cirit birit.  Doktor menasihatkan kalo keadaan Uda berlanjutan...Uda perlu panggil seseorang untuk menjaga Azwar kerana takut bakteria akan berjangkit kepada Azwar pulak.

Ahkak terus mengoffer diri untuk menjaga Azwar....terus jer ahkak text boss ahkak pada malam tu...nak mintak emergency leave....kebetulan..boss ahkak akan bercuti selama seminggu di UK...sib baik masa ahkak text boss ahkak...boss ahkak masih kat Msia...alhamdulillah. Tuhan permudahkan urusan ahkak.



Khamis, 11th October 2012...ahkak keluar dari rumah lebih awal daripada biasa.  Selepas menghantar Cha gi school, ahkak terus menyusuri Jalan Jelatek yang sibuk dengan kereta.  Alhamdullillah...from Setiawangsa to jalan jelatek...keadaan masih lagik terkawal ...kereta masih bergerak2.  Terus ahkak membelok ke arah dato' keramat...dan terus menyusuri jalan tun razak dan menghala ke kg. baru. Traffic mmg lancar pulak pagi nie...alhamdulillah.

Sampai di Insitut Pediatrik....Ya Allah...mana nak parking kereta nie???? kereta ada yg double parking...mmg tak ada ruang kosong kat situ....berpusing 3, 4 kali ahkak keluar masuk carik parking.  Ada ternampak...satu parking kosong (double parking) kat situ...cuma yg tak sedapnya...kalo ahkak parking situ...sure kereta yg akan masuk dari gate utama sukar nak masuk sebab betul2 berhadapan dgn pintu pagar...

Ahkak terus matikan niat ahkak untuk parking situ...tak perlah...rasa bersalah pulak jika ahkak parking kat situ....then ahkak buat satu lagik pusingan....alangkah terkejutnya ahkak...ada kereta wira pulak yg parking kat situ...menyebabkan...kereta ahkak tak boleh nak masuk from gate utama.  Terpaksa reverse...menyusahkan orang betullah...getus hati ahkak.  Rasa geram pun ada...simply jer nak parking...atau...may be dia nie terdesak akibat dapat call from doktor kut..ahkak cuba fikirkan yg baik ajer.

Alhamdulillah....selepas asyik berlegar2 di Insititut Pediatrik...bila ahkak nak kuar ke tempat parking...ahkak ternampak ada sebuah kereta MyVi yg baru nak keluar.  Terus jer ahkak kasik signal dan parking ke tempat tu.  Actualy...bukan boleh parking pun...betul2 di gate keluar...yg penting ahkak tak parking kat yellow line.  Alhamdulillah...



Bila ahkak sampai....di Wad KK3, Room no 7...badan ahkak rasa lemah longlai bila tengok keadaan Azwa.  Sedihnya tengok dia....dengan mata yang bengkak...dan jugak kiri kanan wayar di tangan kanannya...menyebabkan hati ahkak merintih sedih.

Ahkak terlalu emosi....air mata tumpah berjurai bila melihat keadaan Azwar sebegitu rupa.  Sedihnya...Ya Allah...kuatkan hambamu nie Ya Allah.  Mmg ahkak menangis...sampaikan Uda cakap ka ahkak..." Janganlah menangis kak un....Azwa boleh faham...."...Uda cuba memujuk ahkak.

Tanpa ahkak sedari ramai mata ada kat situ...especially pada sekumpulan jururawat yang sedang tekun mendengar penerangan mengenai pesakit di  hadapan katil Azwa.



Azwa merengek kerana lapar.

Hati ahkak hiba...bila Uda menerangkan bahawa Azwa tengah berpuasa.  Ahkak mmg ada membelikan buah2an untuk Azwa seperti anggur kerana Azwa suka pada buah anggur.  Roti kacang merah yg di pesan oleh Uda tak dapat Azwa makan sebab kena berpuasa...jadual pembedahan Azwa pada pukul 11.00 pagi.

Ahkak pun berpuasa sama...pada sebelah pagi...kerana ahkak tidak mahu Azwa melihat ahkak makan dan minum depan mata dia.  Hati ahkak rasa mcm sebu jer...rasa mcm tak lalu nak makan...especially bila melihat...di dalam wad...di sebelah katil dan di hadapan katil....semua mcam Azwa...pesakit leukimia...sedihnya..dan betul2 membuatkan ahkak insaf dan bersyukur bila mengenangkan anak2 ahkak yg sihat ceria pada ketika nie.  



Hati ahkak di hantui perasaan bersalah kerana tidak sempat membeli soft toy kepada dia.  Bila melihat teddy bear pemberian anak ahkak Cha sewaktu Azwa masih baby...dengan mata teddy bear dah hilang satu...rasa sedih pulak.  Ya Allah...ahkak mmg kelam kabut pagi tadi.  Sempat bekalkan towel bersih 2 helai, 1 pasang kain batik untuk Uda...sapu tangan untuk Azwa...makannan yg di pesan oleh Uda..sumer ada...cuma ahkak rasa...kalaulah ahkak dapat belikan soft toy...sure hati Azwa bertambah gembira kan.

Azwa yg masih mamai selepas di bawa keluar dari dewan pembedahan


Azwa di masukkan di dewan bedah pada pukul 12...dalam kul 3 petang....Azwa dah boleh keluar.  Pada petang tu....Faezah datang...Acik Budiman dan Yang pun datang sama.  Kami datang untuk memberikan sokongan moral dan support kepada Uda...kerana pada ketika ini...Uda memerlukan kata2 semangat daripada kami.

Friday, 12th October @ 12 tengah hari...Uda menelefon memberitahu dia dalam perjalan ke Hospital Besar Ipoh dengan menaiki ambulans.  Di sana...Azwa akan menjalani rawatan kimoterapi.  Doktor juga memberi Uda cuti 2 minggu untuk menjaga anaknya itu.  

Doa ahkak...moga Uda dan family tabah menghadapi ujian besar dari Tuhan.  Bersabarlah Uda...Tuhan selalu menduga insan yang Dia sayang.

Insyaallah...kalo ada kelapangan...pasti ahkak akan menziarahi Azwar di Hospital Besar Ipoh...di Wad 6B.

 Speedy recovery yer my little darling Azwar!


8 comments:

Nida Husna said...

ya Allah sembuhkanlah adik Azwar. berilah dia kesihatan yg baik dan umur yg panjang. ameen

Nurul a.k.a Riko said...

Nida Husna...

Terima kasih Nida...semoga Tuhan memakbulkan doa kita semua supaya adik Azwar akan cepat sembuh dan tabah menjalani rawatan kimoterapi..Amin.

Anonymous said...

Tiap apa yg terjadi ada hikmah yg tersendiri....ini juga membuatkan ikatan kasih sayang bertambah erat. semoga segera sembuh khaulah azwar....

Nur a.k.a admansyah said...

Allah lebih mengetahui apa yg di anugerahi & yg terBAIK utk setiap ummat-Nya! atau sekadar menguji ke-IMAN-an kita terhadap-Nya!

InsyaAllah... tabahkn hati, kuatkn semangat & jgn lupa ber-DOA kpd ALLAH.

Salam semangat utk HUDA.

Anonymous said...

Semuga ceput sembuh...

Nurul a.k.a Riko said...

Cik Anon...

Terima kasih di atas doa anda...insyaallah. Amin.

Nurul a.k.a Riko said...

My BFF...

Insyallah...Amin. Nanti aku sampaikan salam nko kepada Uda. Mesti dia suka dan bertambah semangat lagik.

Thanks again.

Nurul a.k.a Riko said...

Cik Anon...

terima kasih. Amin.