Tuesday, October 09, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 25 (part 1)

Ain melihat mama dari jauh...walaupun pada mulanya...Ain ingin berpatah balik daripada menemui ibu mertuanya...namun langkahnya terhenti apabila Am tiba2 muncul dari belakang.

Am menasihati Ain supaya pergi berjumpa dengan Mama...." Ain please...mama kat situ jer...jumpalah kejap" rayu Am lembut kepada Ain. Akur dengan permintaan Am....Ain melangkah berat untuk menemui Mama then dia berkata...dia tak akan lupa wajah lembut Mama.




 Ain berkata...."dia tak akan lupa wajah lembut mama"



 Ain memberi salam kepada Mama...." Assallamualaikum"

"Waalaikumussalam" Mama membalas dengan wajah yang penuh keriangan. Terpancar wajah Mama yang merindui Hawa selama ini.  Mereka saling berpelukan untuk melepaskan rindu yang tak pernah padam.


"Mama rindu sangat dengan menantu mama nie..rindu sangat...." ujar Mama sambil mengusap lembut ke pipi Ain.

" Syukur Alhamdulillah...berkat Am dan Mama berdoa kat Mekah nie...tak sangka kita boleh berjumpa kat sini yer...siang malam Am & Mama berdoa...akhirnya kita jumpa jugak...tapi esok....entah kita boleh jumpa lagi ker tak...." sayu hati Mama meluahkan apa yg selama nie terpendam di lubuk hatinya.



" Mama jangan cakap macam tu....mama telefon ajer...Hawa pasti datang...." pujuk Ain cuba untuk memujuk Mama jangan fikir bukan2...Ain pasti datang untuk mamanya.

Am memberitahu kepada mamanya yang dia ingin mengambil makanan.  Mama mengiyakan Am sambil berkata..."nanti habis pulak makanan"...




Am memberikan isyarat mata kepada Ain...untuk mengikutinya. Akur dengan permintaan Am...demi menjaga hati mamanya...yg baru berjumpa dengannya...Ain bangun.



Semasa mereka berdua sedang mengambil makanan....Am ingin menjelaskan kepada Ain bahawa,....."Mamanya yg nak sangat jumpa Ain.  Mama kata sejak jumpa Ain kat Australia dulu....dia selalu paksa Am panggil Ain...Am ajer yg tak nak...sebab tak nak ganggu Ain."....ujar Am sambil menyeduk nasi ke atas pingganya.

"Am redha dengan kemahuan Ain ler...Am tak nak jadik penghalang ke atas Ain...untuk mengejar cita2 Ain...I want you tu succeed..." Am ingin menceritakan kepada Ain mengapa mamanya nak sangat jumpa Ain.



Ain hanya mampu memandang ke wajah Am...macam satu pandangan yang kosong...seolah apa yg Am cakap tu...tidak bererti lagi buat dirinya...masih ego dlm diri Ain..dan perasaan marah yg membuak2 di dlm dirinya...membuatkan api dendam masih panas menyala.



Mama memuji Ain...sekembalinya Ain ke meja makan...kerana kebanyakkan lauk yg di ambil oleh Ain...adalah lauk kegemaran Mama.  Secara spontan...Mama bertanya kepada Ain...adakah Am yang memberitau Ain lauk kesukaan Mama.

"Dia mana nak cakap apa2....Hawa tengok lauk2 nie...Hawa tahu mama mesti suka...tu yg ambil lebih tu......." sindir Ain lagik kepada Am....(read: nak buat Am sakit hati...)

"Hawa tahu...Am dah tak kerja pilot dah sekarang..." Mama mula membuka rahsia Am...sikit2 kepada menantunya itu.

" Oh...yer ker...tak tahu pulak.....keja apa pulak dia sekarang"soal Hawa kepada Mama...



" Jadi apa pun...Ain nak amik tahu ker" perli Am kepada Ain.  Kali nie giliran Am pula untuk mengenakan Ain di hadapan mamanya.

"Ammm....." Mama mengingatkan Am...supaya berhati2 bila bercakap dgn Ain...kerana mamanya tahu...hati wanita seperti Ain tu mmg sensitif. Ain hanya tergelak sinis.


"Tak adalah ma....kalo Am bagitau pun....ada Ain kisah..." ujar Am lagik

Mama menasihat Am...bukan kat sini tempatnya.

Ain seolah tersentap dengan apa yang diperkatakan oleh Am tadi.  Dengan membawa hatinya yang sedikit terusik dengan percakapan Am tadi...Ain meminta izin untuk balik ke biliknya dengan memberikan alasan...kawannya telah lama menunggu di bilik.

Mama membantah dengan menyuruh Ain menghabiskan makanannya dan selepas itu bolehlah menghantar Mama ke bilik.  Ain angguk setuju.


Ain menghantar mama sampai ke pintu bilik hotel.

Mama mempelawa Ain untuk masuk tetapi Ain menolak secara baik dengan memberikan alasan yg kawannya telah lama menunggunya.



Semasa Ain sedang menunggu lift....Am datang mendekatinya. 

" tak payah nak hantar Ain boleh tak......Ain boleh balik sendiri" Ain merasa tidak selesa bila Am mengekorinya ke pintu lift


" tahu.....tapi Ustaz ada cakap....lepas makan kena banyak berjalan...jadik senang makanan nak digest so senang nak tawaf" Am memberikan alasan untuk mengekori Ain sebenarnya....



"Oh yer ker...." Ain macam tak percaya dengan alasan Am yg cuba nak mengikutinya...



 "Ain...." Am memanggil Ain dengan manjanya ......cute!
 

 

 " Nak apa lagik nie...tak cukupker...Am dah kenakan Ain depan mama tadi...dah lah..." bentak Ain


 "Kenapa nie...Am cakap elok2...nak marah2 kenapa nie..." pujuk Am...

 " suka hatilah...." jawap Ain kasar...

"Ain dah banyak berubah..." ujar Am

 " Memang...memang Ain dah banyak berubah...Am yang buat Ain jadik macam nie..." Ain melepaskan kemarahannya terhadap Am

" Am cakap...bukan dari segi perangai...tetapi dari segi penampilan...makin cantik...makin ayu " jujur Am luahkan apa yg dilihatnya sekarang terhadap Ain...yg makin sweet!



" Am nak apa sebenarnya"...soal Ain terhadap Am

 "Am nak Ain!..." tegas Am

" Jangan buat kelakar boleh tak..." tempelek Ain lagik

" Do you think we need to talk" Am ingin meleraikan segala kekusutan dengan berbincang dengan Ain...tetapi Ain macam dah tak nak dengar apa yg ingin Am ceritakan kepada dia.

" Cerita apa...Ain nak dengar cerita apa lagi nie..." Ain macam tak ingin memberikan kerjasama untuk berbincang dgn Am

" Pasal kita berdualah...tak kan pasal monyet dengan pokok..." Am cuba buat jenaka....Hilarious!!!


~to be continued in part 2~



0 comments: