Tuesday, October 09, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 25 (part 3)

Azie terjaga dari tidur lantas melihat jam di handphone sudah menunjukan dah masa solat subuh.  Dia mengejutkan Ain yang masih tertido...(read: iyer ker tidur tu....rasa cam tido2 ayam jer...) untuk bangun mengerjakan solat subuh. 


 
 "Ain...Ain..." Azie cuba mengejutkan Ain



"Ain bangun...dah masuk subuh..." Azie merengek manja lalu meletakkan kepaalnya ke badan Ain


Semasa Ain & Azie melintasi lobby hotel, Ain terpandang Mama yang sedang duduk menunggu Am di ruang lobby hotel.

" Allah ingin menduga aku lagik" getus Ain dalam hati.  Lalu dia mengajak Azie untuk menemaninya bertemu dengan Mama.

"Assallamualaikum" Ain manyapa Mama dengan mesra lalu mencium tangan Mama seperti selalu yang dia buat tatkala bertemu Mama.

"Waalaikumussalam" balas Mama yang terkejut bila dapat bertemu menantunya di awal subuh.

"Assallamulaikum mak cik " giliran Azie memberi salam 

"Waalaikumussalam".Mama membalas salam Azie. 


Ain memperkenalkan Azie kepada Mama sebagai kawan baiknya.



" Mak cik nie...mak kepada kawan Hawa semasa Hawa mejadi cikgu di tadika dulu...." Mama memperkenalkan dirinya.


 

 "Ohhhh yer ker..." mata Azie terus melirik ke arah Ain tanda Azie terkejut kerana Ain tidak pernah memberitahu tahu pasal rahsianya selama nie pernah menjadi guru.

" Aku kan sempat kerja 3 bulan sebelum belajar dekat Pert..." balas Hawa lagik kepada Azie.


 

" Hemmmmm...tengoklah nie Mak Cik...kawan saya nie...si Hawa nie...tak pernah pulak..ceritakan kepada saya..dia pernah jadik cikgu tadika..." kata Azie seolah tidak puas hati dengan jawapan dari Ain.

"Kita nie Mak Cik...dah kenal sampai 8 tahun...dah lebih 8 tahun...dari Perth...sampailah ke sini...tak pernah pun nak cerita...nie lah kawan baik..." perli Azie seolah tidak puas hati dengan kawan baiknya itu merahsiakan daripadanya selama nie.



" Iyerlah....kawan Nor Azah anak sulung Mak Cik...masa tu Nor Azah yang menguruskan tadika sewaktu Hawa kerja kat situ.." terang Mama cuba mengelak Ain daripada di landa perasaan bersalah terhadap kawan baiknya itu.

"Ohhhhh...." angguk Azie seolah-olah dapat menerima penerangan dari Mama.



" Janganlah Mama sebut nama Am.." doa Ain dalam hati.


Tiba2 Mama meluahkan rasa gusar di hati kepada Ain..." dah semalaman Mama tak tidur..Am tidak balik sejak semalam lagi...tak tahulah dia pergi mana..."

" Am...Am tu  saper mak cik " Azie seolah berminat untuk mengenali insan yang bernama Am nie.

" Anak mak cik...anak lelaki " balas Mama

Mama memandang wajah Ain lalu berkata..." Mama rasa...agaknya Am pergi umrah tu....ataupun dia ada kat masjid...sebab itu Mama tunggu kat sini...kalo dia balik nanti....Mama nak suruh dia hantar Mama ke masjid.

"Mama tak yah risaulah....dia kan lelaki.  Kalo dia pergi mana2 pun..dia pergi ke masjid ker...dia cuci mata ker...kat area2 sini" balas Ain dan di ikuti tawa kecail yang bersahaja jer...ada gak...perasaan jelous di hujung percakapannya tu.

" Ha'a ...mak cik.  Entah2 sekarang nie dia tengah carik perempuan Arab tak...manalah tahu....kan..dia kan nak beristerikan orang tu..." sampuk Azie mengiyakan percakapan sebelum Ain.

" Buat apa dia nak cari jauh2...dia dah jumpa Hawa dia kat sini" jujur Mama memberikan penjelasan kepada Azie tanpa berselindung.

" Hawa? ...Hawa mana mak cik?..." soal Azie yang mula curiga bila Mama menyebut nama Hawa sekali lagik.



" Hawani lah..." balas Mama sambil tersenum

" Hawa nie? " balas Azie tergelak...sambil menunjukkan jari ke arah Ain...seoalah2 tak percaya dengan penjelasan dari Mama

Penjelasan yang tidak di duga oleh Mama membuatkan Ain tersipu2 malu.

Mama mempelawa Ain & Azie untuk bersarapan bersama2 dengannya selepas solat subuh nanti.

"Insyaallah Mak cik..." jawap Azie yang beria2 bila di ajak oleh Mama untuk bersarapan bersama dengannya.




" Kalo macam tu...Mama ikut Hawa sekalilah..kita solat...di masjid...jom..." spontan Hawa mempelawa Mama mengikutinya ke masjid.


Di luar masjid....Mama memberitahu kepada mereka berdua yang Mama ingin menunggu Am sekejap...tetapi kalo mereka berdua nak naik dulu naiklah....


" tak per lah mak cik....kami bersama temankan mak cik" sungguh2 Azie ingin menemani Mama sambil Ain pulak mengganguk bersetuju dengan cadangan Azie itu.


Sementara merekat bertiga menunggu Am, Azie sempat berbisik kepada Ain..." Eh...kau nie kenapa...dah macam ayam berak kapur jer aku tengok..." soal Azie yang dapat merasai perubahan di riak wajah kawan baiknya itu.

Soal Azie lagik..." kenapa...mak cik nie mengaku dirinya mama kepada engkau...ada apa2 yang aku tak tahu ker?"



" Kan ker aku pernah cakap yang aku pernah kerja di tempat tadika tempat family derang...so semua stafff kat situ panggil dia mama...so aku pun panggil mama ." Ain cuba mengelak untuk memberitahu kepada Azie tentang perkara yang sebenar.

"Ohhhhh......" Azie merasa lega sedikit dengan penjelasan dari Ain.



Tiba2....terdengan suara orang memberi salam..." Sorry.....Assallamulaikum...lama dah tunggu.." kelibat Am muncul jugak akhirnya.

Balas Mama...." dah lama tunggu..orang dah ramai masuk"

Mama juga memperkenalkan Am kepada Azie.  Terpegun Azie melihat ketampanan wajah Am.  Reaksi Azie membuatkan Ain tersenyum bersahaja.

Ain memimpin Mama masuk ke dalam ...sambil diikuti oleh Am dari belakang.

Mama meminta Am dan Azie mengambil makanan dengan harapan...bila mama berdua dengan Ain..dapatlah Mama cuba menyelami perasaan Ain yang terbuku selama nie.


" Macammana Hawa....hwa tak sihat ker?" soal Mama yang dapat melihat wajah Ain yang muram selepas berjumpa dengan Am.


"Taklah...Hawa sihat" balas Ain pendek

" Jadi...apa yang Hawa fikirkan..." Mama cuba mencungkil apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati Ain pada ketika itu



" Tak da...Hawa biasa jer Ma..." jawap Hawa cuba menyembunyikan perasaannya sebenar.



"Hawa...kan ker elok kita selesaikan masalah nie bersama2.  Dengar dulu apa yang ingin dia sampaikan.  Ada jalan penyelesaian di setiap apa yang berlaku " lembut jer nasihat Mama terhadap Ain...dengan harapan dapat melembutkan hati Ain yang tengah panas pada ketika nie.

"Masa di Perth dulu...Ain tidak sepatutnya lari.  Cubalah Hawa gunakan peluang itu sebaik mungkin.  Hawa takut untuk hadapi realiti yang sebenarnya?.  Selagi tak selesai rumah tangga Hawa dan Am...kamu berdua tak senang duduk.  Mama bukan nak campur hal rumah tangga antara Hawa dengan Am....tapi Mama yakin...perkara nie boleh di selamatkan....fikirlah baik2 Hawa..." Mama cuba menyakinkan Ain bahawa masalah antara dia dan Am...masih ada jalan penyelesaian.

" Hawa....Am masih harapkan Hawa dalam hidup dia..."


0 comments: