Saturday, September 29, 2012

Adam Dan Hawa - Episode 20 (part 3)

*sorry....ahkak lambat nak sambung part 3...being a mother for 2 daughters..sometimes nak update blog pun kena curi2 masa.


Semasa Mak, Eja & Suria sedang menunggu Ain di KLIA, tiba2 Azie datang menyapa mereka.  Azie memperkenalkan Johan kepada Mak. Biasalah Azie nie....sibuk dok kempen Johan kepada Mak sehingga menyebabkan wajah Mak berubah kerana Azie memuji Johan sebagai Hero Ain...dan jugak yg sangat mengambil berat pasal Ain semasa di Australia.



 "Ohhhh....Azie ....Azie nie kawan Ain dulu tu yer"...riak gembira terpancar di wajah Mak namun selepas itu wajah yg ceria bertukar sebaliknya selepas Azie memperkenalkan Johan kepada Mak.


 "Tak payahlah beria2 sangat..."perli Johan kepada Azie kerana dia malu Azie puji dia berlebih2

Johanlah punca Mak merasa sedikit kecewa dan perubahan wajah Mak dapat di lihat semasa mereka berada di airport lagik...Mak sedih bila melihat Am dari jauh yg macam tahu apa yg berlaku sebentar tadi.

 

Alaaa....sedihnya wajah Am ketika ini apabila menyaksikan Azie memuji berlebih2 Johan di hadapan Mak.



 Terasa syahdu pulak tengok Mak dan Ain berpelukan....hilang rindu mak kepada Ain selama nie.





Am hanya mampu memandang dari jauh kepada isterinya yg selama ini di rindui.




Siapa mamat tu? seribu persoalan bermain2 difikiran Am semasa perjalan pulang ke rumahnya


Semasa sampai ke kampung, Eja dapat melihat reaksi maknya yang sedikit dingin bila sampai ke rumah. 


"Okeylah...kita masuk dulu dan rehat ...lepas nie Eja masak dan kita makan sama2"




Ain mengetuk pintu bilik emaknya dan melihat emaknya sedang bersiap2 utk sembahyang.  Riak wajah emak macam tak ceria ajer.


"Mak...Johan dah nak baliklah tu....jom" kata Ain



"cakap dengan derang...mak kirim salam jer...mak nak solat nie" kata emak tanpa melihat ke wajah Ain

Ain merasa pelik dengan perangai mak yg secara tiba2 berubah dan terus berkata "iyerlah...." dan menutup bilik emaknya semula.




Wajah Ain yg merasa gembira bila dapat melihat semula biliknya yg sangat dirindui



Sewaktu melihat suasana dan persekitaran di dalam biliknya ..tiba2 matanya terhenti kepada kain pelikat yg berada di dalam biliknya.  Milik siapakah kain pelikat warna biru nie?  adakah milik AM?   dan dia terus meluru mengambil diari hijau di dalam lacinya,

Ain tersenyum...(adakah Ain merindui Am?....)




0 comments: